in , ,

Scha Al Yahya & Nazim Othman Dalam Telemovie CIK KEJU IKAN MASIN di TV1

Pelakon cantik Scha Al Yahya bakal muncul menerusi telemovie menarik bertajuk ‘Cik Keju Ikan Masin’ pada 2 April ini, pukul 10.00 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1.

Membawakan watak utama sebagai Nelya, Scha Alyahya bakal bergandingan dengan pelakon Nazim Othman dalam drama yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita bila perbezaan darjat dan taraf hidup menjadi penghalang hubungan pasangan dan seterusnya mencetuskan perbalahan yang berpanjangan. 

Disampaikan plot kisahnya secara santai dengan menyelitkan unsur komedi, saksikan perjalanan watak mengenai gadis bandar bernama Nelya yang digelar ‘Cik Keju’ dengan jejaka berasal dari desa dikenali sebagai Reza atau dipanggil ‘Encik Ikan Masin’. 

Scha Al Yahya & Nazim Othman Dalam Telemovie CIK KEJU IKAN MASIN di TV1

Kisahnya bermula bila kedua pasangan yang miliki banyak perbezaan ibarat langit dan bumi ini telah bernikah tanpa wujud perasaan cinta dan sayang. Mereka terpaksa berkahwin atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Nelya dengan gaya hidup bandarnya berasa amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di desa. Termasuklah cuba membiasakan diri makan makanan kampung dan melakukan aktiviti riadah seperti mandi sungai. 

Cabaran disahut Reza untuk ‘membiasakan’ Nelya, anak bandar menjalani kehidupan kampung dan memperkenalkan isterinya itu dengan kehidupan biasa yang dilaluinya sejak kecil.

Scha Al Yahya & Nazim Othman Dalam Telemovie CIK KEJU IKAN MASIN di TV1

Dengan perbezaan latar kehidupan seharian antara keduanya, mampukah mereka meneruskan hubungan yang terjalin? Atau terleraikah ikatan yang baru terbina antara mereka? 

Turut dibintangi pelakon Ann Abdullah, usah ketinggalan menyaksikan drama menarik penuh dengan adegan lucu mencuit hati ini. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misteri Di Sebalik Filem MUNAFIK 2 Dilancarkan Malam Ini

KL TOWER International Towerthon Challenge 2017