in

Sazzy & Nazril Kalah Sein & Nana Juara Sehati Berdansa Musim Ke-3

Setelah mendapat pujian melambung dari juri hingga mendapat markah penuh 100% beberapa kali, melakukan stunt dan gerakan sukar dan berbahaya dalam setiap persembahan tarian, sokongan dan pekikan serta jeritan kuat dari peminat… akhirnya Sazzy & Nazril kalah di tangan pasangan Sein & Nana.

Budiey dapat agak, ramai peminat Sehati Berdansa tak dapat terima hakikat ini.

Suasana dalam Dewan B, PICC Putrajaya seperti tidak bersetuju dengan keputusan muktamad ini. Budiey juga mendapati ada yang berpuas hati tapi sangat ramai yang tidak berpuas hati. Mengikut bancian, ramai yang nak Sazzy menang. Tapi ada juga yang happy bila dapat tahu Sazzy kalah. Tak kurang ada yang kata, tersalah kira undian.

Mengapa? Apa silapnya? Yea, tidak lain dan tidak bukan, kerana undian SMS yang tidak berpihak kepada Sazzy & Nazril?

Adakah benar gosip yang mengatakan Sein & Nana mengundi diri sendiri semata-mata untuk memenangi hadiah kereta Audi? Mmm… itu tak dapat dipastikan.

Namun, tahniah buat juara baru Sehati Berdansa musim ke-3, Sein & Nana.

Pasangan Sein & Nana telah memberikan kejutan apabila mengalahkan pasangan favourite – Sazzy & Nazril – dalam final Sehati Berdansa 3 (SB3) yang baru berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.

Dengan kejayaan itu, Sein & Nana telah memenangi hadiah berupa sebuah kereta Audi A4 (1.8); pakej bulan madu ke Rom (Itali) serta trofi rebutan sumbangan Astro. Selain itu mereka juga berjaya mengumpul RM20,000 untuk rumah kebajikan yang diwakili mereka.

Pasangan Sazzy  & Nazril pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang pakej percutian ke Australia dan trofi serta dana kepada rumah kebajikan mereka berjumlah RM15,000.

Dalam acara kemuncak malam ini, kedua-dua pasangan telah ditugaskan menari mengikut 2 genre lagu iaitu Melayu Kontemporari dan Latin. Sejak pusingan pertama lagi pasangan Sazzy & Nazril telah mendapat sorakan yang lebih kuat daripada penonton di PICC dan ia tidak pernah melemahkan semangat Sein & Nana untuk terus memberikan saingan. Tidak dinafikan kedua-dua pasangan itu telah menunjukkan persembahan yang hebat dan membanggakan.

Pertandingan itu telah diadili oleh Joseph Gonzales, Linda Jasmine dan Juara SB2 musim lalu, Lisdawati dan Fauzi Nawawi. Berbanding tahun lalu, pertandingan kali ini selesai lebih pantas bermula jam 9 malam tadi.

Bagi menghiburkan penonton, bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) telah diundang menyerikan malam kemuncak yang dihoskan oleh Scha Al Yahya, Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari itu. Hafiz mendendangkan lagu tema SB3 manakala Stacy dan Adam pula berduet dalam lagu baru mereka, Menggegar Dunia. [sumber]

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sidang Media Awal Ashaari di Malam Final Sehati Berdansa

Quotes of the Day: Saya Stress – Awal Ashaari