in

Sazzy Falak Duta & Jurucakap Penyaman Udara LG Health+ Inverter

Hidup Selesa bersama LG

LG Electronics (M) Sdn. Bhd., pemimpin global dan inovator teknologi dalam bidang elektronik pengguna dan peralatan rumah hari ini mempamerkan rangkaian penuh penyaman udara keluarannya yang sesuai bagi kegunaan kediaman, pejabat dan komersial, dengan rangkaian Health+ (“Health Plus”) keluarannya diberi tumpuan, yang terbaru merupakan LG Health+ Inverter dan LG Health+ Fresh. Rangkaian ini yang memulakan debut rasminya awal tahun ini berjanji mengubah kediaman pengguna menjadi tempat berlindung yang selamat dengan penekanan diberikan kepada 3 asas teras – Savings (Jimat), Silent (Senyap) dan Safe (Selamat).

Sazzy Falak & Owen Yap – Duta & Jurucakap Penyaman Udara LG Health+ Inverter

Penyaman udara hari ini lebih dari sekadar alat pendingin. Dengan reka bentuk melengkung bergaya dan kontemporari yang menjanjikan untuk melengkapkan sebarang kediaman, LG Health+ Inverter baru ini turut menghasilkan penjimatan penggunaan tenaga sehingga 60% kerana ia beroperasi hanya pada 670 watt – input kuasa yang terendah – menjadikannya pilihan ideal bagi kegunaan berpanjangan di mana-mana kediaman, di samping mesra alam. Ia juga berbangga dengan Nisbah Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency Ratio -EER) tertinggi dalam industri pada kadar 14.5.

Pengguna bakal menikmati ketenangan bersama penyaman udara LG Health+ Inverter dan Health+ Fresh baru kerana kedua-duanya adalah penyaman udara yang paling senyap di pasaran pada hanya 19 desibel. Pengurangan bunyi bising membolehkan anda menikmati ketenangan dan ketenteraman di rumah sendiri, terutamanya pada waktu tidur yang amat berharga.

Hidup dalam persekitaran yang selamat adalah keutamaan bagi setiap insan pada masa kini di mana penyaman udara LG Health+ dilengkapi dengan penapis PLASMA yang memberikan 99% perlindungan dari virus termasuk H1N1 seperti yang disahkan oleh KITASATO Research Center of Environmental Science di Jepun.

LG Health+ Inverter 1.0 kuasa kuda boleh didapati di semua pengedar LG rasmi pada harga RM1,399 manakala LG Health+ Fresh 1.0 kuasa kuda berharga RM989.

Pameran Life’s Cool with LG dimulakan dengan persembahan teater yang dihiburkan oleh barisan artis tempatan, Owen Yap, Nell dan Alvin Wong. Di pameran tersebut juga, syarikat elektronik ini mengumumkan bahawa hos TV popular, Owen Yap, dan aktres Sazzy Falak sebagai duta bagi Penyaman Udara LG Health+ Inverter.

Pengurus Besar Pemasaran bagi Kumpulan Asia & China, Encik Alex Nah berucap di acara tersebut berkata, “Pengguna di seluruh dunia pada hari ini lebih sofistikated dan ini membuatkan mereka lebih arif semasa memilih produk dan perkhidmatan. Berpandukan ingatan ini, LG sentiasa mencari cara untuk mempertingkatkan teknologi dan reka bentuk kami untuk terus mendahului persaingan selain mencipta produk berkualiti tinggi dan inovatif yang bakal memuaskan hati para pengguna kami.”

Beliau menambah, “Walaupun tidak mengejutkan bahawa rangkaian peralatan rumah LG Health+ termasuk penyaman udaranya yang diperkenalkan di seluruh dunia pada tahun lalu diterima dengan baik oleh para pengguna yang mementingkan kesihatan di rantau ini, kami turut berharap dapat terus mengembangkan kejayaan ini dengan penyaman udara LG Health+ baru yang diperkenalkan pada tahun ini dengan menumpukan kepada menunaikan janji LG bagi 3S iaitu Savings, Silent dan Safe.”

Sempena pelancaran kempen penyaman udara baru ini, LG turut menaja 12 penyaman udara LG Health+ baru buat sebuah sekolah pintar di Pulau Pinang yang sudah dikenal pasti, sebagai perkongsian dalam projek PINTAR bersama Media Prima. Penyaman udara tersebut bakal dipasang di perpustakaan mereka dengan harapan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif buat para pelajar.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang rangkaian LG Health+, pengguna boleh menghubungi Customer Hotline di talian 1-800-822-822, atau layari www.lge.com.my.

Tentang LG Electronics, Inc.
LG Electronics, Inc. (KSE: 066570.KS) adalah pemimpin global dan inovator teknologi dalam bidang elektronik pengguna, komunikasi mudah alih dan peralatan rumah. Syarikat ini menggaji lebih dari 84,000 pekerja di 115 operasinya termasuk di 84 subsidiarinya di seluruh dunia. Dengan jualan global pada tahun 2008 mencecah $44.7 bilion, LG terdiri daripada lima unit perniagaan – Hiburan Rumah, Komunikasi Mudah Alih, Peralatan Rumah, Penyaman Udara dan Penyelesaian Perniagaan. LG adalah pengeluar terkemuka dunia bagi TV panel rata, produk audio dan video, telefon bimbit, penyaman udara dan mesin basuh.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Deanna Yusof, Estranged & Sharifah Amani di The Biography Channel™

Senarai Pemenang Peraduan SAYA NAK CUTI Anjuran MAS