in ,

Priakustik Lancar Lagu SAYANGI MALAYSIA Sempena Hari Merdeka

Mula meingkat naik dengan menjadi peserta akhir Awakening Cover Contest anjuran Awakening Records, Kumpulan ini telah mula memikat hati pendengar tempatan. Kali ini Priakustik tampil dengan lagu “Sayangi Malaysia “ sebagai single terbaharu yang bertemakan kebangsaan sebelum menghasilkan single yang seterusnya akhir tahun ini.

Lagu ciptaan sepenuhnya Fuad Ko ini merupakan salah satu lagu yang bakal menambat hati peminat muzik tanah air dari pelbagai kaum, Bertemakan Sayangi Malaysia untuk menambah semangat cintakan bumi bertuah Malaysia. Menurut Fuad, semangat patriotik perlu disemai dalam kalangan anak muda tapi dalam gaya yang lebih santai, dan lagu-lagu cintakan negara ini adalah platfom yang sangat baik untuk mendidik masyarakat terutamanya generasi muda.

Priakustik sedang hangat merancang untuk membuat jelajah ke Negara Matahari Terbit hujung tahun ini bagi melebarkan sayap selain turut mengembangkan bakat memandangkan salah seorang ahli Priakustik (Zufar) merupakan pelajar di sana sebelum ini.

Bangga Aku Lahir Di Tanah Ini

Tanah Tumpah Darah Pahlawan Yang Sejati

Bumi Subur Kurniaan Ilahi

Berbilang Bangsa Harmoni Menghormati

Tanah Ini Milik Kita Amanah Kita

 

Ku Cinta Tanah Airku

Relaku Berjuang Walau Tumpah Darahku

Ku Doakan Keamananmu

Sejahtera Selamanya Oh Negaraku

Ayuh Bersama Sayangi Malaysia

Ayuh Bersama Sayangi Malaysia

 

Segala Pengorbanan Terdahulu

Demi Kebebasan Masa Kini

Bebas Minda Negara Merdeka

 

Lagu : Fuad Ko

Lirik : Fuad Ko

Priakustik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sherry Ibrahim Sekerasnya Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Bekas Kekasih

Yang Menarik di Festival Petaling Jaya 2016