in

Saya Tak Serik Untuk Cari Jodoh Tapi Bukan Melalui Sosial Media

Jodoh dan rezeki adalah dari perancangan Allah. Kita sebagai manusia hanya berusaha. Macam-macam cara untuk cari jodoh. Sekarang ni ramai yang pilih sosial media. Tapi boleh percaya ke? Sebab ramai yang menipu di laman sosial ni, kan?

Penyampai radio, pelawak, pelakon, pengacara dan kini bergelar penyanyi, Issey mengakui masih solo dan tidak mempunyai pasangan istimewa. Hampir tiga tahun menduda, Issey tidak percaya media sosial seperti Facebook atau Instagram menjadi platform atau medium untuknya mencari calon isteri.

Sebelum ini, Issey akui pernah menerima macam-macam mesej daripada wanita yang ingin berkenalan tapi dia tak pernah nak layan sebab tak mahu timbul salah faham di kemudian hari.

“Saya sekarang tak percaya untuk mencari jodoh menggunakan laman sosial sebab lebih baik guna cara konvensional.”

– Issey

Atas alasan yang kukuh mahu terus fokus terhadap kerjaya, Issey bagaimanapun mengakui sedikit sunyi apabila dikelilingi rakan-rakan yang sudah berkeluarga.

Issey Belum Bersedia Cari Jodoh?

“Saya mahu kukuhkan kerjaya dulu, Siapa yang tidak sunyi terutamanya apabila melihat rakan sebaya sudah berkeluarga. Tetapi soal jodoh, semuanya sudah ditentukan Allah.

Sampai masanya apabila bertemu pasangan yang sesuai, pasti saya akan berkahwin. Saya tidak pernah serik berumahtangga.”

– Issey

Namun, bagi Issey atau nama sebenarnya Issey Fazlisham beliau cuba mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan selebriti ataupun berkenalan menerusi laman sosial. 

“Kalau boleh saya cuba elak daripada mencari bakal pasangan hidup menerusi media sosial kerana ada sisi positif dan negatif apabila kita memulakan perkenalan menerusi media sosial.

Namun, bagi Issey, soal hati rasanya lebih baik perkenalan itu bermula secara empat mata.”

– Issey
Kemunculan Pertama Dzawin Di Tv3 Bersama Issey

Apapun, kemunculan Issey ketika program Bintang Bersama Bintang 2019 semalam,mendapat tepukan gemuruh bukan sahaja dari rakan-rakan yang bertanding tetapi juga penonton yang hadir.

Perkahwinan Isey The Titans / Kampung Bakat

Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi 90-an Mac Rahayu Kahwin dengan Sepupu

Dream Cruises Announces Grace Chen As Godmother For Newest Ship, Explorer Dream