in ,

“Saya Okay Saja”, Kecaman dari Netizen Memberi Pengajaran Buat Shuk

“Pada netizen yang mengecam dan kata macam-macam, saya okay saja. Mana kritikan yang baik dan membina daripada mereka, saya terima manakala sebaliknya biarlah. Bagi saya, semua orang ada dugaan hidup masing-masing,” ujar pelawak dan pengacara Shuk Sahar. 

Sejak beberapa bulan lalu, nama Shuk menjadi bualan ramai berikutan kontroversi didakwa berlaku curang sehingga memusnahkan kariernya. 

Shuk Sahar

“Apa yang sudah berlaku biar berlalu. Saya reda dan demi keluarga tidak boleh berasa kecewa. Ditambah lagi, percaturan rezeki kita adalah milik Allah. 

“Jika saya terlalu bersedih dan kecewa, ia umpama tidak menerima apa yang Allah sudah tetapkan. Alhamdulillah, sekarang pun saya mula merancang perniagaan demi mendapatkan rezeki buat menyara keluarga. 

“Syukur juga ada kenalan saya yang sudi bekerjasama untuk jadi rakan kongsi dalam projek perniagaan kami usahakan. Malah, saya juga tak sangka akan memberanikan diri menceburi perniagaan,” katanya. 

Baru sahaja menceburkan diri dalam peniagaan kuetiau dan minuman, Shuk berkata dia perlu mengambil apa sahaja peluang yang datang untuk perniagaan. 

“Kalau dulu mungkin saya terbiasa berada di zon selesa, tapi kini situasi sudah berubah. Saya kena giatkan usaha untuk ‘memulakannya’ semula,” tuturnya. 

Dalam pada itu, Shuk berkata jadual kerjanya masih padat sehingga kini dan dia tidak memilih atau menolak jika ada rezeki untuk keluarga. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali | 23

Nabila Razali Gigih Berlatih Mantapkan Vokal, Debaran Peluang Kedua di AJL35

Scha Awal 2020 | 24

Tak Tidur Malam Fikir Nama, Scha & Awal Pilih Lyla Amina Untuk Nama Adik Lara