in , ,

“Saya Makin Kenal Siapa Kawan Suka Tikam Belakang”- Hattan

Tidak mahu memburukkan lagi keadaan susulan insiden melibatkan dirinya dengan sebuah stesen televisyen terkemuka, penyanyi Datuk Hattan memilih untuk berdiam diri.

Memetik Kosmo, Hattan berkata beliau mengenali sebenarnya siapa kawan dan siapa lawan selepas kontroversi yang berlaku pada dirinya.

“Saya tak nak cakap dengan sesiapapun berhubung isu yang berlaku. Buat masa sekarang, begini sahajalah.  Nanti ada masa, saya jemput kawan-kawan rapat makan, jumpa bersama.
“Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang. Tapi tak mengapa,”

– Hattan

Sementara itu, Hattan turut meluahkan rasa syukur kontroversi terpalit dirinya tidak mengganggu kerjaya seninya.

“Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Saya sibuk sekarang. Alhamdulillah. ‘Show’ macam ada walaupun isu yang berlaku,” katanya.

“Saya okey sahaja. Biarlah apa yang berlaku, berlalu. Bagi reda dahulu. Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang saya percayai,”

– Hattan

Dalam pada itu, Hattan berkata kesihatan mentalnya dalam keadaan baik dan akan memberikan kenyataan apabila keadaan sudah reda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Anggap Itu Karma, Dulu Dia Mengata Saya Macam-Macam” – Ifa Raziah

Penampilan Baju Fiza Halim Terlalu Ketat Teruk Dikecam Netizen