in , ,

“Saya Bukannya Boleh Sorok Sehingga Penghujung,” – Neelofa Berdoa Dikurniakan Zuriat Soleh

Nampanya Neelofa lebih selesa untuk tidak mengumumkan kehamilan beliau dan membiarkan peminat dan netizen untuk menilai sendiri keadaan sebenar yang dialaminya sekarang ini.

Meskipun telah beberapa kali topik hangat diperkatakan oleh netizen yang mengatakan terlihat baby bump, bagaimanapun selebriti popular, Neelofa masih lagi belum mengesahkan mengenai spekulasi berbadan dua. Tiada kenyataan rasmi dibuat untuk mengumumkan kehamilan beliau. 

Lebih selesa membiarkan peminat menilai sendiri, Neelofa bagaimanapun menghargai ramai yang memberikan doa baik-baik buat dirinya.

“Saya mahu membiarkan orang bercakap. Sebelum ini, saya ada mengatakan orang akan nampak perubahan fizikal saya.

“Jadi, tidak perlulah saya nak umum apa-apa. Perlahan-lahan orang akan nampak, saya bukannya boleh sorok sehingga penghujung. Bagaimanapun, saya bersyukur apabila gambar itu tular, orang ramai mendoakan yang baik-baik buat saya, Alhamdulillah,”

– Neelofa
NEELOFA GUCCI

Ditanya mengenai impian cahaya mata, Neelofa berkata dia berdoa agar dikurniakan zuriat yang baik serta menyenangkan ibu bapa.

“Sudah tentu apabila bercakap mengenai zuriat, saya mahu melahirkan zuriat yang baik akhlak, beriman, ikut suruhan dan perintah Allah serta Rasul.

“Kerana anak yang baik bakal menyenangkan ibu bapa nanti. Jadi, pastinya saya mahukan anak yang boleh dibentuk, senang dijaga dan beradab.

“Dunia sekarang terlalu terdedah, jadi sangat berisiko untuk setiap ibu bapa yang membesarkan anak. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi di luar nanti. Jadi, kena banyak berdoa agar zuriat dilahirkan menjadi anak yang baik. Bukan luaran semata-mata, tetapi juga dalaman,”

– Neelofa
NEELOFA GUCCI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tawaran Harga Paling Hebat, Barisan Artis Paling Sensasi di Lazada 11.11 Super Show

SYAFEEK ZAZO

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga Tular Tempat Kelima Teratas di Twitter