in , ,

Satwo Akhirnya Rilis Single Yang Dinanti Berjudul Cahaya Malam

Satwo, sensasi duo genre folk-pop dan neo-romantika di Malaysia, meneruskan gelombang mereka dalam industri muzik dengan pelancaran single terbarunya di bawah naungan Luncai Emas, Cahaya Malam.

Trek yang sangat dinantikan ini dijangka akan memukau para pendengar, justeru mempamerkan bakat dan kebijaksanaan kreatif Satwo yang unik.

Cahaya Malam merupakan single ketiga dalam kerjaya mereka setelah Untok Kita dan Gelap, menggabung unsur-unsur seperti indie-folk dan pop melankolia dengan cara yang unik, menangkap kalbu pendengar dari awal hingga akhir. 

Single ini adalah bukti bahawa artis-artis tanah air mampu menciptakan sesuatu karya yang bukan sahaja mudah ditangkap pendengar malah unik, istimewa dan kreatif.

Satwo Akhirnya Rilis Single Yang Dinanti Berjudul Cahaya Malam

“Bagi kami, Cahaya Malam ialah kesinambungan dari single kami yang sebelum ini, Gelap. Lagu Cahaya Malam bermula dengan intro yang seperti ‘chanting’ atau mantera, bagi menenangkan perasaan kusut dan membuat pendengar memberi perhatian pada melodi yang akan dinyanyikan seterusnya. 

Berbanding dengan ‘mood’ dua single sebelum ini yang gelap, lagu ini lebih santai dan tenang.” kata Maz, separuh daripada suara Satwo dan pemain keyboard mereka. “Inspirasi Cahaya Malam datang dari perasaan selepas dendam itu terbalas dan menceritakan kesan daripada dendam, sama ada baik atau buruk.” kata Rafiz pula, satu lagi suara Satwo. 

“Walau bagaimanapun kami tak sabar untuk para peminat dan orang ramai mendengarnya dan menafsirkan lagu ini dengan cara mereka sendiri yang berhubung dengan jiwa peribadi mereka.”

Satwo Akhirnya Rilis Single Yang Dinanti Berjudul Cahaya Malam

Maklumat mengenai produksi Cahaya Malam:

Lagu & Lirik : Satwo 

Nyanyian : Satwo

Susunan : Ilham / Satwo 

Produser : Ilham 

Piano & Synth : Maz

Synth Pads : Ilham 

Gitar : Rafiz 

Drum : Acin Pukul

Bass : Masrin

Penyelaras Projek : Rahman Saharddin

Jururakam : Mohd Akmar Soffian 

Juruadun : Husyairi Hamzah 

Mastering : Steve Carrao

Satwo Akhirnya Rilis Single Yang Dinanti Berjudul Cahaya Malam

Cahaya Malam akan tersedia di semua platform streaming utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan Joox, bermula pada hari Jumaat, 22 September 2023.

Satwo telah memperoleh pengikut yang setia melalui single-single mereka yang terdahulu dan persembahan ‘live’ mereka yang mengagumkan, dan Cahaya Malam berjanji untuk lebih mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu pemain utama dalam arena indie-pop Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan, permintaan temu duga, atau maklumat lebih lanjut mengenai Satwo dan Cahaya Malam, sila hubungi kami melalui emel atau telefon yang tertera di atas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Travelog Pelbagai Genre Sepanjang Bulan Oktober Ini 

ASTRO

Berbaloi! Jom Daftar Auto Debit untuk Nikmati Penjimatan Hebat di Astro