in , ,

Saturday Nite Show, Pentas ‘Virtual’ Persembahan Artis ‘Mainstream’ & ‘Underground’

Saturday Nite Show, pentas ‘virtual’ persembahan artis ‘mainstream’ dan ‘underground’ tempatan terus berkarya.

Wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun ini turut memberi kesan kepada sebahagian besar artis ‘underground’ tempatan.

Susulan itu, Saturday Nite Show diterbitkan COF Music dengan kerjasama HMO TV untuk menjadi pentas alternatif buat artis tempatan terus mengadakan persembahan dalam situasi melanda.

Situasi ini diakui penerbit Saturday Nite Show, Aman Nassim, yang berpendapat, sebelum ini mereka berpeluang mengadakan gig atau mini ‘showcase’ di hadapan peminat masing-masing di lokasi tertentu seperti pusat hiburan, kelab atau dewan tapi sejak kerajaan mengumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada Mac lalu, kemudian PKPP, PKPB dan seumpamanya, mereka hilang sebahagian besar punca pendapatan.

Saturday Nite Show

“Malah artis ‘mainstream’ turut terkesan apabila banyak acara hiburan terpaksa dibatalkan atau ditunda pada jangka masa yang lama. Andai ada sekalipun ruang pentas TV dan konsert maya, tidak semua artis mendapat peluang itu,” katanya.

Lantas syarikatnya mengambil inisiatif menyediakan ‘platform’ khusus buat artis ‘underground’ membuat persembahan, selain menyerlahkan bakat-bakat baru yang akan menjadi pelapis industri muzik tanah air melalui Saturday Nite Show.

Katanya, Saturday Nite Show menampilkan gabungan artis ‘mainstream’ popular tempatan antaranya Zizi Kirana, MK K-Clique, Kidd Santhe, Yonnyboii dan Joe Flizzow, bersama artis ‘underground’ seperti Danye, Jazz, Da’Soul Jahh, Sniper Sosa dan ramai lagi.

Saturday Nite Show

“Mereka memberi sokongan yang padu, terutama artis-artis popular yang melihat program ini sebagai ‘platform’ alternatif buat peminat berhibur di hujung minggu, selain dapat ketengahkan artis-artis pelapis tempatan,” katanya.

Selaku penerbit, dia berdepan cabaran tersendiri dalam merealisasikan Saturday Nite Show terutamanya aspek teknikal kerana pihak produksi perlu menggunakan penstriman secara langsung dan mengikut langkah operasi piawaian (SOP) seperti bilangan kru bertugas yang terhad, pemakaian pelitup hidung mulut dan tiada penonton.

Bagi menarik minat penonton maya, COF Music turut mengadakan kuiz untuk penonton yang berpeluang memenangi hadiah utama berupa e-skuter Startron Mini X bernilai RM7,000 selain hadiah eksklusif mingguan dari COF Music.

“Selain ketengahkan genre hip hop, Saturday Nite Show akan membuka ruang kepada genre lain pula selepas ini.  Mungkin ada pihak beranggapan ini hanyalah pentas kecil tapi kalau tiada pentas seperti ini, bagaimana artis pelapis dapat berkembang?”, katanya.

Saturday Nite Show yang turut menampilkan pengacara dan penyampai radio, Hanif Hamzah dan joki muzik, DJ Kiddo, distrim secara langsung sebanyak lima episod bermula 5 Disember 2020, setiap Sabtu malam di saluran Youtube COF Music.

Saturday Nite Show
Saturday Nite Show
Saturday Nite Show
Saturday Nite Show

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GUESTSTAR Menampilkan Bintang Kegemaran Anda Dalam Kandungan Video Eksklusif

Senarai Lengkap Pemenang Pertandingan Hafazan OMAR & HANA LITTLE HUFFAZ