in , ,

Saturday Night Bee Gees Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Selama Dua Malam

Sebuah Persembahan Ikonik Sarat Nostalgia, Falsetto Klasik & Semangat Disko

Bayangkan ini. Lampu sorot mula berputar, lantai pentas bercahaya bak bola disko, dan kemudian terdengar petikan pertama lagu Stayin’ Alive. Degupan jantung mula mengikut rentak, kepala terangguk-angguk, dan tiba-tiba anda seperti berada semula di era keemasan tahun 70-an. Itulah yang bakal anda rasai pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur, apabila pentas berprestij ini berubah menjadi pusat pesta penuh aura muzik dan nostalgiamelalui konsert eksklusif ‘Saturday Night – Celebrating Bee Gees’!

Malam Penuh Magis Untuk Mereka Yang Hidup Dengan Lagu-Lagu Bee Gees

Bukan sekadar sebuah persembahan biasa, konsert ini merupakan tanda cinta kepada legasi Bee Gees, kumpulan yang mengubah dunia muzik pop dan disko dengan gaya mereka yang tersendiri.

Milestone Production tampil membawa pengalaman luar biasa ini khas buat rakyat Malaysia, menyajikan malam penuh kenangan dengan lagu-lagu ikonik yang telah mendefinisikan zaman dan mencipta memori dalam hati berjuta peminat.

Daripada Massachusetts yang syahdu sehinggalah ke Jive Talkin’ yang rancak, setiap lagu akan membawa anda kembali ke zaman di mana muzik adalah escapism, dan disko adalah cara hidup. Dan ya, Night FeverYou Should Be DancingTragedy dan More Than A Woman – semuanya akan membuatkan anda tak duduk diam dari awal hingga akhir.

Saturday Night Bee Gees Gegarkan Zepp KL Selama Dua Malam

Kumpulan Saturday Night Bee Gees Dari UK Hidupkan Semula Suara Adik-Beradik Gibb

Siapa yang menyanyikan semua lagu-lagu power ni? Bukan sekadar band tribute biasa, tetapI kumpulan berbakat luar biasa dari UK, Saturday Night Bee Gees, yang telah menjelajah ke pelbagai negara dan meninggalkan kesan mendalam dengan vokal falsetto yang hampir identik dengan suara Barry Gibb. Persembahan mereka bukan sahaja tepat, tetapi juga emosional dan membangkitkan aura sebenar zaman Bee Gees.

“Kami bukan sekadar menyanyikan lagu, kami hidupkan kembali semangat Bee Gees atas pentas.” Begitulah kata mereka dalam temu bual bersama media UK, dan kini mereka bawakan keajaiban itu untuk penonton Malaysia pula.

Tiket Laris Macam Pisang Goreng Panas – Ini Peluang Anda!

Untuk konsert sebesar ini, harga tiket bermula dari RM198 saja – satu nilai yang sangat berbaloi untuk malam yang penuh ‘blast from the past’. Malah, untuk mereka yang nak pengalaman lebih premium dan eksklusif, ada VIP, Premium serta Platinum Box (boleh muat 6 orang) yang menjanjikan keselesaan dan pemandangan terbaik.

Senarai harga tiket:

  • Premium – RM638
  • VIP – RM538
  • CAT A – RM398
  • CAT B – RM298
  • CAT C – RM198
  • Platinum Box – RM4,800 (untuk 6 orang)

Kalau anda pemegang kad Maybank, ada berita gembira – diskaun sehingga 25% untuk pembelian tiket, jadi memang rugi kalau tak rebut peluang ini. Tempahan boleh dibuat menerusi laman rasmi www.milestone-entertainment.com dan untuk Platinum Box, anda boleh terus hubungi Puan Sha di +6012 332 3024 atau email ke [email protected].

Saturday Night Bee Gees Gegarkan Zepp KL Selama Dua Malam

Kenapa Bee Gees Kekal Relevan Dan Dikenang Hingga Kini?

Kumpulan Bee Gees bukan sekadar ikon muzik, mereka adalah simbol era revolusi muzik pop dan disko. Ditubuhkan pada tahun 1958 oleh tiga adik-beradik, Barry, Robin dan Maurice Gibb, Bee Gees menjadi nama besar pada dekad 70-an, khususnya dengan kejayaan runut bunyi filem “Saturday Night Fever” (1977) yang meletup di seluruh dunia.

Lagu-lagu mereka bukan sahaja menduduki carta Top 40 sebanyak 30 kali, tetapi juga membentuk landskap muzik global, dengan lebih 120 juta rekod terjual5 Anugerah Grammy, dan kolaborasi bersama nama-nama besar seperti Diana RossDionne Warwick dan Frankie Valli. Mereka turut dimasukkan ke dalam Rock and Roll Hall of Famedan Songwriters Hall of Fame – satu pengiktirafan kepada genius mereka dalam penulisan lagu dan persembahan pentas.

Kini, hanya Barry Gibb, yang kini berusia 75 tahun, masih hidup dan menjadi satu-satunya penjaga legasi hebat ini selepas pemergian Robin dan Maurice.

Milestone Production – Pakar Dalam Membawa Magis Broadway & West End Ke Malaysia

Untuk rekod, Milestone Production bukan nama asing dalam industri hiburan tempatan. Sejak ditubuhkan pada 2002, mereka telah mementaskan pelbagai produksi antarabangsa yang mendapat sambutan luar biasa seperti Mamma Mia! The MusicalJersey BoysThe Phantom of the Opera: In Concert, dan banyak lagi. Mereka juga penganjur kepada konsert penghormatan seperti Rumour Has It – AdeleSimply The Best – Celebrating Tina, dan Earth Wind and Fire Experience.

Pada tahun 2024, Milestone telah mengorak langkah lebih jauh dengan mempersembahkan Earth Symphony – Green Cirque Fest, satu gabungan muzik dan mesej kesedaran alam sekitar, menunjukkan bagaimana seni persembahan boleh menjadi ejen perubahan sosial yang positif.

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang blogger hiburan dan influencer yang sering menghadiri konsert dan acara seni persembahan, Budiey boleh katakan konsert seperti ini bukan sahaja hiburan semata-mata, tetapi sebuah penghormatan kepada sejarah muzik yang membentuk budaya kita hari ini. Budiey sangat yakin bahawa ‘Saturday Night – Celebrating Bee Gees’ akan menjadi antara persembahan paling mengesankan tahun ini. Bukan sekadar menghibur, tapi juga menyentuh emosi, membangkitkan kenangan, dan memberi peluang kepada generasi baru untuk merasai magis Bee Gees secara langsung.

Kalau anda pernah menyanyi lagu Bee Gees dalam karaoke, pernah tengok Saturday Night Fever sambil buat langkah tarian John Travolta, atau nak tahu kenapa Bee Gees dianggap legenda sebenar dalam sejarah muzik dunia – anda WAJIB hadir! Ini bukan sekadar konsert, ini sebuah kapsul masa penuh cahaya, muzik dan perasaan. Jangan tunggu lagi, jom lock seat sekarang – sebelum semua habis dijual!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Meriahkan Roadshow iQOO Neo 10 di Setia City Mall pada 18 – 22 June 2025