in

Satu Percutian Musim Panas Yang Sempurna di Hong Kong

Satu pengalaman baharu musim ini dengan pencuci mulut yang segar, aktivit-aktiviti pantai, acara bertema dan banyak lagi!

Apabila apabila suria memancar terang, warna-warni yang ceria, masa cuti sekolah untuk kanak-kanak kini tiba dan aktiviti-aktiviti luar seolah-olah memanggil! Hong Kong menjemput anda untuk menikmati cuti musim panas dengan beberapa aktiviti yang paling hebat di bandar ini.

Nikmati minuman yang menyegarkan, berehat di tepi pantai, atau saksikan pelbagai aksi, paparan dan perayaan yang berbeza-beza – Hong Kong mempunyai sesuatu untuk semua orang. Dengan pemandangan luar biasa yang dipenuhi dengan pergunungan hijau, pantai yang indah dengan pelbagai aktiviti luarnya, Hong Kong mengajak pelancong menikmati suatu yang lazat untuk dimakan, muzik yang tenang dimainkan dan tempat-tempat yang yang menarik untuk tinggal.

MAKANAN YANG ENAK UNTUK DIMAKAN
Hong Kong adalah tempat asal kepada beberapa hidangan makanan yang paling enak dan meliurkan yang terdiri daripada aiskrim tradisional hingga ke menu makanan yang mesra Instagram.

Cantik dilihat, enak dimakan
ODDIES FOODIES telah berjaya menggabungkan gai dan jai makanan jalanan yang terkenal di Hong Kong dengan hidangan pencuci mulut dari Barat. Variasi pilihan pencuci mulut aiskrim Timur-bertemu-Barat, ia adalah pencuci mulut ikonik Hong Kong yang berasaskan telur dihidang bersama gelato dalam cawan. Wafel yang lazat ini dihidangkan dengan makanan iringan lain seperti jeli madu, sos caramel, oat-crumb dan aiskrim halia. Makanan pencuci mulut “fotogenik” ini mendapat perhatian dari peminat di mana- mana sahaja dengan warna pop yang amat menarik.

CREMERIA: Pencuci mulut Jepun yang lembut yang disajikan dengan rasa Itali, I Cremeria merupakan gabungan ringkas dan menyegarkan dalam bentuk Frutta Crema yang terkenal dengan parfait buah segar mereka. Salah satu pencuci mulut yang selalu dipesan dari seksyen Giapponese Crema untuk parfaits Jepun premium. Para penggemar Instagram juga boleh mendapatkan aiskrim ini di sana.

ATUM DESSERANT: Demonstrasi yang penuh keseronokan dari meja pencuci mulut di sini adalah gabungan seni dan makanan yang mengkagumkan. Ia dikenali sebagai bar pencuci mulut istimewa yang telah mengubah cara penduduk Hong Kong menikmati hidangan pencuci mulut mereka. Bar yang berkonsep moden-terbuka ini mempunyai hiasan makanan pencuci mulut yang cantik dan menakjubkan,
membuatkan orang yang melihat merasa kagum dengan kreativiti ini.

Kegemaran dari generasi ke generasi

MOBILE SOFTEE membawa kembali kenangan zaman kanak-kanak untuk kebanyakan penduduk Hong Kong dan sejak bertahun-tahun telah menjadi salah satu landskap budaya kota ini. Sambil memainkan muzik Blue Danube dan menyediakan makanan yang lemak berkrim, pembeli dapat memilih dari kon wafel, aiskrim kon berkacang, aiskrim disajikan dalam cawan, dan serbat berperisa oren. Ianya dikunjungi oleh penduduk tempatan dan para pelancong, ini adalah makanan mesti-cuba bagi sesiapa yang suka kepada makanan sejuk dan manis.

KUNG WO BEANCURD FACTORY: Puding tauhu, merupakan salah satu pencuci mulut klasik di Hong Kong, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai Kung Wo. Kung Wo telah berada di Sham Shui Po sejak tahun 1960. Sebuah kedai lama yang menjual pelbagai produk soya, ianya terus popular sejak bertahun-tahun lamanya. Puding tauhu istimewa ini lembut bak sutera dan merupakan snek sejuk musim panas yang lazat apabila disajikan bersama sirap gula. Restoran retro autentik ini terkenal dengan puff tauhu mereka, hidangan tahu goreng dan susu soya tanpa gula buatan sendiri.

CHUNG SO DESTER TRADITIONAL: Jangan ketinggalan untuk merasi pencuci mulut gaya Hong Kong yang diminati oleh penduduk tempatan dan pelancong yang melawat Hong Kong. Seperti yang dijangkakan, barisan menunggu yang panjang untuk merasai pencuci mulut serbat yang menyegarkan, sagu dan puding. Pencuci mulut paling laris mereka ialah makanan pencuci mulut daripada mangga dan durian. Pencuci mulut yang disyorkan ialah penkek mangga, yang dijual seperti goreng pisang panas. Untuk peminat tegar durian, cubalah lempeng durian mereka bersama krim yang lembut dan manis.

PERMAINAN YANG MENYERONOKAN

Percutian musim panas tidak lengkap tanpa kenangan manis, masa bersama keluarga, aktiviti-aktiviti di pantai dan gambar kenangan ini yang akan dingati buat selama-lamanya.

Pesta Musim Panas di Harbour City “BE@RBRICK SUMMER CHILL”

Harbour City telah mengubah Ocean Terminal Deck menjadi “Pantai” dari 5 Julai hingga 5 Ogos dengan menjemput 30 BE @ RBRICKS bersama dengan 8 penampilan baharu musim panas – termasuk Hawaii Oppa, Bearkini dan Diver, dll untuk menyertai pesta pantai. Ada diantara BE @ RBRICKS sedang bermain permainan sembunyi-dan-cari di pantai sementara yang lain menikmati matahari di bawah payung yang terdapat di pantai. BE @ RBRICKS melayani kehangatan dengan membina dua gergasi “Arca Pasir” BE @ RBRICKS, mereka duduk di pantai untuk menyambut pengunjung di Victoria Harbour; dan salah satu BE @ RBRICK berbaring di pintu masuk utama yang terletak di Ocean terminal Deck untuk menikmati sun bathing dengan pemandangan Victoria Harbor yang menakjubkan.

Hari di pantai: Shek O & Lamma Island

Shek O: Shek O Beach mungkin salah satu pantai yang paling popular, dan indah di pulau Hong Kong, ianya ialah sisi lain Hong Kong – di sisi yang tanpa bangunan pencakar langit. Pantai ini dikelilingi oleh bukit- bukit yang tinggi dan sangat dramatik, dengan penempatan Shek O sendiri yang menggabungkan pesona desa dan jalan-jalan kampung kecil dan rumah-rumah yang besar yang bertaburan di atas kelab-kelab Shek O Country Club. Penjaga pantai, jerung dan gelombang ombak yang lembut membuatkan pantai ini menjadi popular. Walau bagaimanapun, jika anda lebih berminat dengan sukan air, pergi ke Pulau Lamma – Pulau untuk berehat di Hong Kong. Luangkan waktu untuk berjemur di tengah panas matahari, nikmati pukulan ombak, dan buat aktiviti-akviti yang meyeronokkan di Pulau Lamma termasuk berkayak, snorkeling, mendaki, bersiar-siar, SUP Yoga dan banyak lagi.

Ocean Park

Ocean Park menganjurkan acara musim panas terbesarnya, Carnimal Musim Panas, dari 30 Jun hingga 2 September, yang menampilkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan lain daripada yang lain! Dari waktu siang hingga ke malam, perayaan dengan tema musim panas akan berlangsung di Taman ini, yang menghimpunkan lebih dari seratus penghibur dari seluruh dunia. Dengan kostum yang menarik ketika perarakan besar-besaran yang bertemakan haiwan, juga persembahan kebudayaan autentik Caribbean dan Brazil. Manjakan diri anda dengan lebih daripada 100 makanan dan minuman Caribbean eksotik yang istimewa , dan persembahan muzik yang hebat.

Pesta Permainan Air Jalanan Musim Panas di Hong Kong Disneyland

Permainan Air Jalanan Musim Panas Hong Kong Disneyland mempersembahkan Pesta Permainan Air Pixer buat pertama kalinya. Pelbagai bintang Disney dan Pixar akan menyertai sambutan ini, termasuk Mr Incredible, Ms Incredible dan Frozone dari The Incredibles, serta beberapa watak yang disayangi dari Toy Story, seperti Woody, Buzz Lightyear, Jessie, Lotso dan 8 Green Army Men. Rancang penginapan di salah satu daripada tiga hotel Hong Kong Disneyland Resort untuk memaksimumkan pengalaman menginap di musim panas anda dan ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi yang tidak dapat dilupakan.

PENGINAPAN YANG UNIK

Pada musim panas ini, sekiranya anda selalu mendaftar masuk ke hotel yang biasa di duduki, cuba sesuatu yang sedikit “hipster” dengan memilih tempat tinggal di hotel-hotel baru yang terdapat di Hong Kong.

Boat Moksha
Terletak di pelabuhan Aberdeen, Boat Moksha adalah rumah bot yang nyaman yang menawarkan pemandangan laut 360 darjah, kemudahan moden dan katil yang selesa. Kapal kayu jati kayu Cina yang dibina pada tahun 1993, telah di baik pulih dan diubahsuai menjadi bot penginapan yang selesa dengan hiasan kayu klasik Cina, dapur kontemporari, bilik mandi dan tersedia ruang mewah dalam dek terbuka di mana anda dapat menikmati minuman pagi sambil menyaksikan matahari terbit di kaki bukit setiap pagi. Moksha berlabuh di Aberdeen Marina Club dan dihubungkan dengan mudah ke semua tempat tarikan di bandar.

Wontonmeen
Wontonmeen adalah asrama belia di Sham Shui Po yang berasal daripada kumpulan yang sederhana di kawasan rumah pangsa 30 tingkat yang menyediakan tempat tinggal dengan sewa yang murah kepada artis. Pada masa kini, Wontonmeen adalah hab di mana seniman Hong Kong menghabiskan masa mereka di ruang yang unik dan pelbagai yang menawarkan sebelas cerita artis, wartawan, pemuzik, pereka, guru, pelawak, kurator dan pengikut-pengikut chun. Ia adalah komuniti kolaboratif sepenuhnya, di mana mereka kerap mengadakan galeri artis, pameran dan konsert muzik. Mereka juga menyediakan basikal percuma untuk perjalanan di Hong Kong.

The Mahjong
Mahjong adalah salah satu asrama hippest Hong Kong, terletak di kawasan kejiranan bersemangat kecinaan, yang mempunyai hubungan yang baik dengan tarikan utama di bandar, serta gunung-ganang dan pesisiran pantai yang terkenal. Jika anda seorang peminat Mahjong, anda akan menghargai meja Mahjong yang besar terletak di kawasan ruang tamu yang menjemput tetamu untuk mencuba satu atau dua permainan mahjong.

W Hong Kong
W Hong Kong, yang terletak di Kowloon Barat menggabungkan seni, fesyen dan elemen muzik menjadi satu dan secara beransur-ansur diiktiraf sebagai salah satu hotel popular di Hong Kong. Ketika musim panas, W Hong Kong akan memulakan Pesta Musim Panas Crush di kolam renang luar ikonik atas bumbung W Hong Kong. Pada tahun ini, ia juga akan menyediakan kiosk foto realiti (AR) dengan persembahan dan penampilan secara langsung.

Terokai bagaimana untuk mengalami lebih banyak tawaran Musim Panas Hong Kong, dan rancang percutian anda lihat tawaran terkini yang terdapat di laman sesawang Lembaga Pelancongan Hong Kong.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

OKU Hebat Tetamu Dalam Program KONGSI RASA ISTIMEWA UNTUKMU