in ,

Sasha Bashir @ DANSA di NTV7 dan Dansa A Dance Journey

DANSA – JURNAL TARIAN YANG MEMPERSONAKAN 

Kecak, petenun, randai – nama-nama eksotik ini merupakan sebahagian dari jenis tarian tradisional yang bakal dipaparkan dalam dokumentari gaya hidup terbaru, Dansa. Dansa akan bersiaran setiap Khamis, 7.30 malam mulai 15 Oktober, hanya di ntv7. Bakal muncul di kaca tv untuk 13 minggu berturut-turut, program yang tampil dalam format Inggeris ini akan memperkenalkan dansa tradisional dari destinasi tempatan dan antarabangsa yang terkenal.

3972822101 1205Db0Df3 O | 4

Sertai pengacara menghiburkan, Sasha Bashir, seorang penari dan hos berpengalaman, sementara beliau menjelajah beberapa destinasi untuk mempelajari tarian tradisi daripada jurutari terlatih yang masih aktif dalam usahanya untuk mengekalkan seni tradisi ini kekal segar di kalangan komuniti masing-masing. Selepas tiga hari mempelajari lenggok dansa tersebut, jelitawan ini akan mempersembahkannya di hadapan penonton secara langsung.

Dokumentari ini turut berjaya menawarkan pandangan yang lebih mendalam mengenai keunikan budaya dan tradisi yang diwakili oleh setiap jenis tarian. Penonton akan berkesempatan untuk menjelajah bersama-sama pengacara, di mana beliau akan turut menceritakan mengenai gaya hidup, masyarakat, monumen, budaya, dan destinasi menarik di samping memperkenalkan tarian tradisional tempatan negara berkenaan.

3972821987 42F55E7C7A O | 5

Sementara Sasha mempelajari pelbagai jenis dansa, Dansa turut membongkar pengalaman-pengalamannya serta cabaran yang ditempuhi di saat mempelajari sesuatu jenis tarian yang baru. Menariknya, pengacara turut berkongsi tips untuk mempelajari sesuatu warisan budaya dalam hanya masa tiga hari sahaja.

3973587076 D09174Fb92 O | 6

Selain itu, penonton turut dapat melihat variasi jenis lenggok dan gerakan tarian yang menjadikan sesuatu tarian itu lebih unik dalam persembahan terakhirnya. Setiap langkah pengacara dirakamkan – pemakaian kostum, aksesori, muzik, elemen sejarah dan bagaimana kesemua faktor ini bersatu dan seterusnya menghasilkan tarian-tarian berikut turut disajikan.

“ntv7 amat berbangga kerana berjaya mendapat tempat di hati penonton sebagai Saluran Ceria Anda, dan di samping itu, kami amat teruja untuk memperkenalkan dokumentari gaya hidup terbaru khas untuk tatapan seisi keluarga – Dansa, ” kata Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul. “Bagi penonton yang cintakan pengembaraan dan kebudayaan, pastinya Dansa akan mewarnai hari- hari anda dengan tatapan destinasi hebat di Malaysia dan juga negara luar seperti Indonesia, Australia, Thailand dan Jepun.”

Tambah beliau, “Terdahulunya, versi melayu rancangan ini berjaya memperoleh penerimaan yang membanggakan di kalangan penonton sewaktu siarannya di TV3 dan oleh itu, kami berharap versi Inggeris yang bakal ditayangkan di ntv7 akan terus menambat hati penoton setia kami.”

Sebuah buku yang diilhamkan dari rancangan dokumentari ini yang diberi judul “Dansa: A Dance Journey” turut dilancarkan bersama-sama program ini. Buku yang mengandungi 200 halaman ini menghidangkan lebih 250 keping visual indah yang tidak pernah didedahkan dalam rancangan termasuklah saat-saat di belakang tabir yang berjaya dirakamkan oleh Sasha dan krew di 13 lokasi menarik tersebut. Hasil penulisan Sasha Bashir yang juga bertindak sebagai penolong penerbit rancangan, buku ini turut memuatkan kata pengantar oleh aktivis teater ternama, Prof Dr Hatta Azad Khan dan penerbit teater antarabangsa, Hugh Wooldridge.

3973587280 B15Df5B7Fd O | 7

Untuk memahami budaya dan tarian yang pelbagai, jangan lupa temujanji anda bersama Dansa, setiap Khamis, 7.30 malam hanya di ntv7, mulai 15 Oktober. Buku “Dansa: A Dance Journey” boleh didapati di mana-mana kedai buku. Juga, dapatkan autograf daripada penulis di MPH Midvalley pada 10 Oktober 2009 pada jam 3.00 petang. Untuk informasi lanjut mengenai rancangan, sila layari www.ntv7.com.my dan untuk informasi terperinci mengenai pengacara, sila layari http://sashabashir.blogspot.com

3972821663 Eb21C162D6 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gelagat Lucu Adik Aidil Solehin Anak GAMAT

Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009