in

Sarimah Ibrahim & Azura Zainal Penyampai Terbaru Red FM

Salam semua, apa khabar anda hari ini. Ada baikkah? Budiey harap, semua pembaca berada di dalam situasi yang mendamaikan.

Budiey kini masih lagi berada di Manchester, United Kingdom dalam rangka sesi travel blog. Dalam kesibukan jalan-jalan cari makan itu, Budiey masih lagi sempat untuk menitip berita apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Pada jam 3 petang hari ini, satu majlis ringkas diadakan oleh radio Red FM mengumumkan tiga orang penyampai terbaru di stesen radio itu. Event yang berlangsung di Laundry Bar, The Curve, Mutiara Damansara itu memperkenalkan pengacara tersohor Sarimah Ibrahim, Azura Zainal dan Lil’ Kev sebagai deejay terbaru di stesen yang mengetengahkan tagline Today’s Best Music.

red fm

Tahniah buat Sarimah Ibrahim, Azura Zainal dan Lil’ Kev yang kini dengan sah menjadi penyampai terbaru Red FM. Budiey rasa sikit sebanyak dengan kehadiran 3 orang yang berpengalaman ini khususnya Sarimah Ibrahim akan dapat membantu menaikkan lagi populariti dan jumlah pendengar.

Dalam ramai-ramai tu, Budiey cuma tak kenal dengan nama Lil’ Kevin je, siapa dia ya? Jeng Jeng Jeng…

Di event ini juga, beberapa pembaharuan dan rombakan elah diumumkan untuk memantapkan lagi program stesen radio Red FM. Good luck buat semua yang terlibat ya.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Synopsis Trailer Attack The Block

Tomok Teruja Dapat Ke Manchester