in

Santai di Concorde Hotel Kuala Lumpur

Santai di Concorde Hotel Kuala Lumpur
oleh Shah Shamshiri

Pernahkah anda terfikir untuk bersiar-siar di pusat ibu kota dan tidak pulang ke rumah tapi bermalam di salah sebuah hotel berbintang di Kuala Lumpur? Andai jawapan anda ‘ya’, cubalah ke Concorde Hotel Kuala Lumpur.

Hotel berbintang empat yang sudah lama bertapak di ibu negara kita ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang ingin berada di tengah-tengah segala aktiviti menarik di sekitarnya. Hotel yang menjadi salah satu landmark setiap kali tiba di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang ini mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana berada benar-benar di hadapan stesen monorel Bukit Nanas dan tidak berapa jauh juga dari stesen Putra LRT Dang Wangi. Ini memudahkan para tetamu yang bermalam di hotel ini untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai di Kuala Lumpur.

crossroads lounge

Dari Concorde Hotel KL jarak ke tempat-tempat seperti Jalan Bukit Bintang yang terkenal dengan pusat membeli-belah Pavillion tidak sampai lima minit dengan menaiki monorel. Selain itu, Menara Berkembar KLCC juga hanyalah beberapa minit perjalanan dari hotel ini.

Berbekalkan 570 bilik yang dihias indah, hotel ini menjanjikan kemudahan-kemudahan bertaraf antarabangsa buat pengunjungnya yang rata-rata terdiri daripada warga asing. Baru sahaja menjalani proses pengubahsuaian serta renovasi tidak berapa lama dahulu, seni reka dalaman hotel ini kelihatan lebih cantik dan kontemporari bersesuaian dengan peredaran gaya serta zaman. Bilik-bilik yang dilengkapi dengan ciri-ciri terbaru ini juga ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, di mana bilik Superior berharga RM248++ semalam, bilik Deluxe RM288++ semalam dan bilik premier pada RM398++ semalam sahaja.

concorde front

Untuk pengetahuan umum, Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson juga pernah bermalam di Presidential Suite Concorde Hotel Kuala Lumpur semasa beliau mengadakan konsertnya di sini pada Oktober 1996 dahulu. Jadi sekiranya anda bermalam di Suite ini, anda masih dapat melihat peninggalan beberapa objek yang pernah digunakannya dan juga beberapa kenangan lain penyanyi tersohor dunia itu seperti gambar-gambar, keratan akhbar dan sebagainya.

Seperti hotel-hotel lain, Concorde KL juga mempunyai kemudahan-kemudahan seperti dewan serbaguna dan juga bilik-bilik mesyuarat bagi penganjuran pelbagai aktiviti. Ia juga terkenal dengan tempat-tempat makan, khasnya Melting Pot Cafe yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung buat menjamu selera tanpa mengira waktu (pilihan hidangannya sangat hebat) serta Spices restaurant yang menyediakan menu fine dining atau sajian eksklusif antarabangsa.

Premier Executive

Hotel ini juga sangat terkenal kerana satu-satunya Hard Rock Cafe Kuala Lumpur terletak di dalam bangunan yang sama dan berada di sebelah lobi hotelnya. Ini memudahkan para pengunjung untuk menyaksikan persembahan artis-artis tempatan serta antarabangsa yang sering berpanggung di situ. Selain Hard Rock Cafe, para tamu juga dapat menikmati minuman atau makanan sambil berhibur di Crossroads Lounge di lantai bawah. Bagi yang sukakan makanan Jepun, sebuah restoran Jepun, Uzen juga ada di sini.Jangan lupa juga untuk mencuba kolam renang serta gimnasium kalau mahu beriadah!

Pendek kata semuanya ada di Concorde KL dan semua ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Jika anda punya peluang serta masa, singgahlah ke sini. Anda pasti tidak akan menyesal dan mahu datang lagi!

melting pot

melting pot

swimming pool

spices restaurant

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Apa Kata Wanita Kupas Isu Perkahwinan

Airasia X Surpassed The 5 Millionth Passenger