in , ,

SANGKAR Bersedia Ke Gelanggang Pawagam Dengan Paksi Promosi Terbesar 2019

Kolaborasi Mega Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold, mm2 Entertainment

Filem aksi hebat, Sangkar hari ini telah dilancarkan di Battle Arena, Jaya Shopping Centre dengan kerjasama mega di antara Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment. Filem yang merupakan filem Melayu pertama yang menampilkan Mixed Martial Arts (MMA) ini bakal menggegarkan gelanggang pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 29 Ogos 2019.

Official Poster Sangkar

Sinopsis Filem SANGKAR

Mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu.

Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang telah menimpa Johan itu telah menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan. Mampukah Adam menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya?

Sekitar Pelancaran Filem SANGKAR Lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak & Mira Filzah

Penggambaran filem ini telah dijalankan pada tahun 2018 dan mendapat sentuhan hebat oleh sutradara terkemuka Kabir Bhatia. Sangkar menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh dan atlet peninju profesional MMA sebenar iaitu James “Sledgehammer” Mcsweeney serta Saiful Merican, Rashid Salleh, Peter Hugh Davis dan Terry Gallyot.

Para peminat boleh beramah mesra dengan barisan pelakon hebat ini di siri jelajah filem Sangkar yang akan bermula dari utara tanahair, Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada 30 Ogos sehingga 1 September.

Seterusnya siri jelajah ini akan berada di bahagian selatan Malaysia bersama bangsa Johor dan Melaka dari 6 sehingga 8 September dan akhirnya akan berada di Lembah Klang pada 14 dan 15 September.

Poster filem dan treler rasmi Sangkar boleh ditonton di laman sosial Astro, Primeworks Studios, Infinitus dan mm2 Entertainment bermula 16 Julai ini. Sementara itu, runut bunyi rasmi lagu temayang mengiringi filem ini berjudul ‘Fighter’ dan dinyanyikan oleh rapper popular, Aman RA. Lagu berentak up beat ini telah mendapat sentuhan lirik oleh Aman RA, komposer oleh Aman RA, Navigator dan penerbit oleh Navigator, Penerbit Bersama oleh Aman RA. Lagu ini dilancarkan hari ini di Spotify.

Album runut bunyi filem Sangkar juga bakal menampilkan tiga lagu baru yang memperkenalkan bakatbaru dalam arena ‘hip-hop’ tempatan, iaitu Dinho, DeLaFlare, Mali & SXPH (“Sangkar”), NtahSape2Ntah (“Luar Biasa”) dan 000 & Kid Raww (“Jangan”). Skor muzik filem digubah oleh komposer terkenal, Luka Kuncevic. Lagu-lagu ini akan berada di semua platform digital dari 23 Ogos 2019.

Saya sangat teruja untuk mempersembahkan filem yang berkualiti tinggi dari segi penerbitan melalui kerjasama Primeworks Studios bersama tiga rakan penerbit.

Gabungan visi dan sumber di bawah syarikat-syarikat ini merupakan usaha kami melonjakkan filem tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Filem ini dihasilkan untuk membawa mesej-mesej positif tentang kesukanan, kekeluargaan dan penebusan.”

Pengurus Besar Filem Dan Drama Primeworks Studios, Nor Shahila Harun Shah

Kami yakin dengan dua gabungan syarikat media Malaysia, Media Prima dan Astro bersama Infinitus Gold dan mm2 Entertainment mampu mencipta sejarah baru dalam industri perfileman tanah air.

Dengan gabungan pengalaman dan kepakaran kreatif yang ada pada setiap pihak, ia mampu memberi kelebihan pada projek ini dalam menghasilkan sebuah filem yang berkualiti tinggi dan tampil dengan rangka pemasaran yang meluas.

Strategi promosi telah dibuat sejak berbulan lalu dan kini kami rasa teruja kerana tiba masanya untuk melaksanakan secara menyeluruh dengan kempen utamanya adalah Sangkar Bukan Sekadar Pertarungan.”

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Arshad

Dalam pada itu, Pengarah dan Penerbit Eksekutif, Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai menekankan bahawa filem Sangkar bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang segar malah menampilkan kelainan dari pelbagai aspek.

Pihaknya yakin dengan sokongan dari segi penyusunan strategi promosi yang efektif mampu menggerakkan hati penonton untuk ke pawagam. 

Kami ingin menerbitkan sebuahfilem yang tinggi dalam nilai komersial, tetapi dalam masa yang sama, ingin menekankan penceritaan dan kualiti persembahan yang lebih realistik dan bersahaja, seiringan dengan perkembangan filem- filem antarabangsa.

Dengan gabungan barisan pelakon yang mempunyai nama-nama yang besar seperti Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah serta pengarah berkaliber iaitu Kabir Bhatia, kami berharap filem ini akan memenuhi citarasa penonton dan pada masa yang sama memberikan sesuatu yang lebih segar dalam industri perfileman Malaysia.

Kami telah bekerjasama dengan Primeworks Studios melalui J Revolusi dan Astro Shaw melalui Hantu Kak Limah, dan kami rasa bertuah kerana berpeluang sekali lagi mendapat sokongan dari dua penerbit gergasi dalam penerbitan filem tempatan.

Kerjasama dan sokongan dari mereka dapat menolong penerbit seperti kami untuk merangka promosi yang lebih besar dan lebih menyeluruh. Hal ini sukar dilakukan tanpa penglibatan mereka.

Kami percaya dapat mengekalkan momentum keterujaan di kalangan penonton dan optimis untuk melakar satu paradigma baru dalam industri filem tanah air.”

Pengarah dan Penerbit Eksekutif, Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai

Kami teruja dapat terlibat selaku penerbit dalam projek ini.

Bekerjasama dengan Primeworks Studios, Astro Shaw dan Infinitus Gold membuka ruang buat kami untuk berkongsi serta bertukar input dari pengalaman masing-masing.

Kami sudah bersedia mempersembahkan filem Sangkar di layar perak. Kami berharap kemunculan filem ini akan merancakkan lagi perfileman Malaysia bagi tahun 2019.”

Pengurus Besar, North AsiaAngelin Ong

Filem Sangkar mendapat tajaan daripada NASA & Stop Oil selaku penaja platinum dan penaja lain adalah ONE Championship, F&N, Venum, Under Armour.

Nantikan filem Sangkar yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 29 Ogos 2019. Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta YouTube Primeworks Studios, Astro Shaw, InfinitusFilmsMY dan mm2 Entertainment Malasyia untuk berita dan informasi terkini.

Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #SangkarMovie bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.

Mengenai Primeworks Studios

Primeworks Studios adalah syarikat media yang secara keseluruhannya menyediakan khidmat menerusi pelbagai cabang media seperti; penerbitan TV dan Filem, jualan kandungan syarikat, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, pengurusan bakat serta perlesenan dan perdagangan.

Ia merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang telah menghasilkan lebih 5,000 jam isi kandungan hebat untuk pelbagai platform televisyen, pawagam dan digital setiap tahun. Juga, sebagai rumah produksi, Primeworks Studios adalah lambang mutu kreatif disamping pelbagai genre termasuklah hiburan, majalah, dokumentari, sukan, dan program drama.

Mengenai Astro Shaw

Astro Shaw antara salah sebuah peneraju filem studio di Malaysia bagi terbitan tempatan dan Nusantara. Astro Shaw juga giat dalam agen pemasaran dan pengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 80 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa.

Mengenai Infinitus Gold

Infinitus Gold Sdn. Bhd merupakan syarikat produksi yang khusus dalam pembikinan filem di Malaysia untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Infinitus Entertainment, rangkaian pencipta kandungan yang berpangkalan di Hong Kong, Taiwan dan Beijing, Infinitus Gold Sdn. Bhd bertujuan untuk menghasilkan filem-filem yang berkualiti tinggi daripada Malaysia dengan memanfaatkan bakat besar rakyat Malaysia, serta mengeksploitasi sepenuhnya visual geografi yang menakjubkan dari Malaysia.

Mengenai mm2 Entertainment

mm2 Entertainment (anak syarikat mm2 Asia Ltd) adalah sebuah syarikat penerbitan Singapura dan turut beroperasi di Kuala Lumpur, Taipei, Hong Kong, Shanghai, Beijing dan Amerika Syarikat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menarik di Good Vibes Festival 2019

Batik Restaurant: Makanan Lazat Kala Bercuti di Seminyak Bali