Siapa sangka, TV bukan lagi sekadar alat untuk menonton drama Korea atau filem Marvel. Tahun ni, Samsung bawakan satu revolusi besar dalam dunia gaming dan hiburan rumah dengan pelancaran TV OLED 2025 mereka yang kini dilengkapi teknologi NVIDIA G-SYNC compatibility – satu ciri yang selama ini cuma gamer PC impikan, kini terus dibawa ke ruang tamu.
Budiey sendiri sebagai seorang reviewer dan gamer casual (bila tak sibuk cover event red carpet), memang teruja bila dengar spesifikasi baharu ni. Serius, Samsung bukan main-main kali ni.
Dengan sokongan NVIDIA G-SYNC, kadar segar semula TV OLED Samsung diselaraskan terus dengan GPU – menjadikan setiap pergerakan dalam game super smooth, tiada lag, tiada stutter, dan yang paling penting, tiada screen tearing yang boleh spoil mood tengah fight final boss. Bila digabungkan pula dengan Motion Xcelerator 165Hz, ini bukan level ‘TV biasa-biasa’ dah – ini TV gamer elit, bro!
“Dengan tambahan keserasian NVIDIA G-SYNC serta ciri-ciri gaming paling canggih kami setakat ini, barisan TV OLED 2025 Samsung tampil dengan prestasi elit, sesuai untuk pemain yang paling kompetitif sekalipun,”ujar Kevin Lee, Naib Presiden Eksekutif Pasukan Pengalaman Pelanggan Paparan Visual Samsung Electronics. “Kami ingin bawa teknologi yang bukan hanya cantik di mata, tetapi benar-benar responsif dan adaptif mengikut gaya hidup moden – terutama untuk gamer.”
AI AUTO GAME MODE: GUNA OTAK TV UNTUK BOOST PERFORMANCE
Antara ciri baharu yang buat Budiey angkat topi adalah AI Auto Game Mode. Ciri ni guna kecerdasan buatan (AI) untuk automatik kenal pasti genre game, sama ada korang tengah main FPS, racing, RPG, survival horror atau sekadar lepak main Stardew Valley. Lepas tu, sistem akan ubah tetapan visual dan audio secara real-time, ikut kesesuaian mood dan suasana. Jadi tak perlu lagi tekan-tekan remote nak cari setting ideal – semua dah dioptimumkan untuk korang. Smart gila, kan?
GAME BAR: CONTROL PENUH, TAPI TAK GANGGU GAMEPLAY
Bila tengah ‘in the zone’ main game, benda paling malas nak buat adalah pause game semata nak tukar brightness atau tukar nisbah paparan. Samsung faham struggle tu, sebab tu mereka hadirkan Game Bar – satu interface pop-up yang muncul sekejap di bawah skrin dan boleh akses semua tetapan penting secara pantas. Nak ubah FPS, tukar aspect ratio, tengok lag input – semua boleh buat tanpa keluar dari game.
SOKONGAN BERBILANG PLATFORM DAN CIRI-CIRI HIBURAN PREMIUM
Untuk mereka yang pakai GPU AMD, jangan risau – TV OLED 2025 juga sokong AMD FreeSync Premium Pro, yang beri fleksibiliti dan keserasian meluas dengan pelbagai sistem gaming termasuk PS5, Xbox Series X dan gaming PC.
Tapi bestnya TV Samsung ni, bukan untuk gamer je. Ciri seperti AI Upscaling membantu naik taraf kandungan definisi rendah kepada kualiti 4K yang lebih tajam, teknologi Glare Free pastikan korang boleh tengok TV walau dalam bilik cerah, dan integrasi penuh dengan SmartThings memudahkan kawalan semua peranti pintar dalam rumah. Pendek kata, ini TV yang sesuai untuk gamer, movie lover, dan tech-savvy parent dalam satu pakej.
Dan kalau nak tahu, model S95F adalah model flagship yang akan dapat teknologi G-SYNC ni dulu. Lepas tu, ciri sama akan diperluaskan ke model-model lain dalam barisan OLED 2025.
Link rasmi: www.samsung.com/my/tvs/oled-tv/highlights
Apa Kata Budiey?
Sebagai seorang content creator yang memang sentiasa update dengan dunia teknologi, Budi boleh katakan ini adalah salah satu pelancaran TV paling hype tahun ni. Bukan sebab spek semata, tapi cara Samsung ‘dengar’ dan ‘respon’ kepada keperluan gamer sekarang – tu yang padu.
Kalau korang streamer, esports player atau sekadar main game untuk lepas stress – ini TV yang boleh naikkan performance dan juga aesthetic setup korang. Tak perlu lagi hadap lag atau refresh rate sendu. TV ni juga sesuai untuk tonton Netflix 4K, buat panggilan video dengan family, dan sambung dengan smart home devices. Semuanya dalam satu skrin besar yang penuh gaya.
So, untuk tahun 2025 ni… kalau korang tengah fikir nak upgrade TV, dan nakkan sesuatu yang future-proof, TV OLED Samsung ni memang wajib masuk dalam wishlist korang. Trust me, ini bukan sekadar upgrade – ini evolusi hiburan rumah.