Samsung Malaysia Electronics secara rasmi melancarkan barisan TV AI 2025 dan soundbar premium terbaharu yang dijana dengan kuasa Samsung Vision AI – satu platform pintar yang mengubah persepsi kita terhadap TV moden. Bukan sekadar untuk tontonan, tetapi menjadi rakan pintar yang memahami gaya hidup seharian.
Menurut Mr. Charles Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics: “Samsung sentiasa berinovasi dengan tujuan yang jelas. Dengan Vision AI, kami memperkenalkan era baharu skrin pintar yang mampu belajar, menyesuaikan diri dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pengguna.”
Vision AI: Teknologi Termaju Yang Faham Emosi Anda
Di tengah-tengah barisan produk Samsung 2025 ialah Vision AI, platform pintar paling canggih dari Samsung setakat ini. Dengan keupayaan pembelajaran mendalam, Vision AI membolehkan skrin memahami persekitaran, kandungan dan tingkah laku pengguna — lalu bertindak secara kontekstual.
Fungsi menarik termasuk Gesture Recognition Universal yang membolehkan kawalan tanpa alat kawalan jauh menerusi jam tangan Galaxy Watch7. Goncang pergelangan tangan untuk aktifkan mod penuding, cubit untuk memilih, genggam tangan untuk kembali, dan pusing bezel untuk menatal. TV ini juga mampu membaca ekspresi wajah, menyesuaikan kecerahan skrin secara automatik dan memberikan kawalan yang lancar dan intuitif.
Neo QLED 8K QN990F: Gabungan Reka Bentuk Mewah Dan Kuasa AI Penuh
Model utama Samsung tahun ini, Neo QLED 8K QN990F, dikuasakan oleh pemproses NQ8 AI Gen3 – pemproses AI paling canggih daripada Samsung. Dengan 768 rangkaian neural, ia mampu menganalisis dan mengoptimumkan video dan audio secara masa nyata. Teknologi 8K AI Upscaling Pro, AI Motion Enhancer Pro dan Real Depth Enhancer Pro pula menjamin visual yang lebih tajam dan pergerakan lancar seolah-olah tiga dimensi.
Reka bentuk ultra-nipis 13.1mm dengan tapak terapung menambah sentuhan futuristik. Mod pintar seperti AI Customisation Mode, AI Auto Game Mode dan AI Energy Mode pula membawakan pengalaman yang lebih diperibadikan dan cekap tenaga.
Vision AI Kini Di Bawa Ke Lebih Banyak Model TV
Teknologi Vision AI turut diluaskan ke model Neo QLED 4K, OLED, dan QLED. Model QN90F Neo QLED 4Kmisalnya, menggunakan pemproses NQ4 AI Gen2 dan menyokong Teknologi Quantum Matrix serta warna tepat bertauliah Pantone, dengan saiz dari 65” hingga 98”.
Untuk peminat paparan OLED, model S95F hadir dengan panel anti-silau, kecerahan puncak 2,000 nits, dan kadar segar semula 165Hz. Sementara S90F menampilkan Motion Xcelerator 144Hz bagi gerakan lebih lancar.
Bagi QLED pula, model 2025 kini lebih mampu milik dengan ciri warna hidup, kontras kaya dan sokongan Vision AI — sesuai untuk setiap isi rumah.
The Frame Pro 2025: TV Yang Tampak Seperti Karya Seni Galeri
The Frame Pro kini tampil lebih elegan dengan teknologi Neo QLED Mini LED, menjanjikan kontras lebih dalam dan penonjolan cahaya yang lebih terang. Penambahan Wireless One Connect Box yang boleh disambung dari jarak hingga 10 meter membolehkan susun atur rumah lebih minimalis.
Dengan kadar segar semula dinamik dan pemproses NQ4 AI Gen3, The Frame Pro bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah menjadikan TV seperti bingkai seni sebenar. Ia turut disokong oleh Samsung Art Store yang kini menampilkan lebih 3,000 karya seni dari nama besar seperti MoMA, Magritte dan Basquiat. Malah, pengguna boleh menikmati 30 karya baharu setiap bulan dan lebih 70 kandungan ambien percuma sepanjang tahun.
Soundbar Q-Series 2025: Audio Sinematik Dalam Rumah Anda
Barisan soundbar Q-Series 2025 seperti HW-Q990F, HW-Q930F, HW-Q800F, dan HW-QS700F menawarkan audio tiga dimensi menerusi Wireless Dolby Atmos dan Q-Symphony. Gabungan pintar antara TV dan soundbar menjadikan bunyi lebih hidup, seolah-olah anda berada di panggung.
Tahun ini, subwoofer juga diperbaharui – 50% lebih kecil tetapi masih menggegarkan dengan bass yang dalam. HW-QS700F pula hadir dengan Convertible Fit, yang mampu menyesuaikan prestasi bunyi mengikut kedudukan (di dinding atau atas meja). Fungsi SpaceFit Sound Pro pula menyesuaikan bunyi mengikut akustik ruang secara automatik.
TV Sebagai Pusat Kawalan Rumah Pintar
Dengan sistem operasi Tizen OS Home yang baharu, pengguna kini dapat menikmati navigasi lebih mudah, sambungan lebih selamat menerusi Samsung Knox Vault dan kemas kini OS selama tujuh tahun secara percuma.
Melalui SmartThings, TV Samsung Vision AI menjadi hab kawalan untuk semua peranti pintar, termasuk yang menyokong protokol Matter dan HCA. Fungsi 3D Map View memudahkan pemantauan rumah, manakala Home Insights memberi notifikasi keadaan rumah dan Pet & Family Care melaraskan suasana rumah ikut keperluan — contohnya, meredupkan lampu bila anak tertidur.
Tempah Sekarang Untuk Hadiah Eksklusif
Pra-tempah dari 13 Mei hingga 1 Jun 2025, dan dapatkan hadiah bernilai sehingga RM6,499 untuk pembelian terpilih, atau bezel yang boleh disesuaikan bernilai sehingga RM899 bagi pembelian model The Frame.
Mereka yang memiliki baucar Samsung Reservation+ bernilai RM100 juga boleh menebus diskaun tambahan sehingga RM800. Promosi ini boleh digabungkan dengan tawaran pra-tempah sedia ada.
Cara pra-tempah:
- Layari Samsung Online Store atau pengedar sah seluruh negara
- Pilih model TV AI 2025
- Gunakan baucar SR+ (jika ada)
- Tebus hadiah menerusi Samsung Redemption Portal dari 13 Mei hingga 15 Julai 2025
Saksikan Sendiri Di Samsung AI TV Roadshow 2025
Jangan lepaskan peluang melihat sendiri masa depan hiburan di Samsung AI TV Roadshow 2025, berlangsung dari 21 hingga 25 Mei 2025 di 1 Utama Shopping Centre.
Alami sendiri teknologi AI TV dan soundbar terkini Samsung, rasai pengalaman Vision AI, dan nikmati pelbagai promosi, sesi interaktif serta konsultasi peribadi.
Apa Kata Budiey?
Pelancaran barisan TV Samsung 2025 ini bukan sekadar langkah maju, tapi satu revolusi cara kita berinteraksi dengan teknologi di rumah. Vision AI bukan sekadar ‘wow factor’ – ia membuktikan masa depan TV bukan lagi tentang tontonan, tetapi hubungan dua hala antara manusia dan mesin. Bagi Budiey, ini adalah gabungan teknologi dan keselesaan gaya hidup yang wajib dimiliki – TV yang bukan sekadar skrin, tetapi sahabat pintar yang faham kita sepenuhnya.