Kuala Lumpur, 4 Ogos 2025 – Bila masuk je bulan Ogos, semangat Merdeka mula menyala-nyala dalam jiwa rakyat Malaysia. Bendera mula berkibar, lagu patriotik berkumandang, dan ada satu lagi perkara yang buat rakyat Malaysia lagi bersemangat — kempen promosi eksklusif sempena Merdeka! Tahun ni, Samsung Malaysia muncul dengan kempen “Gemilang” yang bukan biasa-biasa. Sepanjang tempoh 1 Ogos hingga 30 September 2025, rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai tawaran smart home paling bergaya, lengkap dengan ganjaran percuma bernilai hingga RM3,219.
Kalau sebelum ni angan-angan je nak tukar TV ke, beli peti sejuk baru, atau upgred sistem bunyi rumah — sekarang ialah waktu yang paling tepat. Samsung bukan sekadar jual produk, tapi bawa gaya hidup masa depan terus ke ruang tamu rumah anda.
TV Lebih Pintar, Skrin Lebih Besar, Hadiah Lebih Gempak
Buat anda yang sedang intai-intai nak tukar TV baru, ini masanya. Dengan pembelian mana-mana model TV terpilih Samsung – daripada OLED canggih hingga ke Neo QLED futuristik, anda bakal menerima hadiah eksklusif dan/atau kredit TNG e-Wallet. Semua model TV yang layak disenaraikan dalam Lampiran 1 (boleh rujuk pautan rasmi di akhir artikel).
Samsung bukan main-main — mereka tawarkan TV yang boleh berinteraksi dengan sistem rumah pintar anda. Bukan sekadar menonton, tapi merasai dan menikmati teknologi.
Sistem Bunyi Premium, Pengalaman Sinematik Di Rumah
Tak lengkap rumah pintar kalau tak ada sound system yang padu. Beli mana-mana TV atau peralatan digital terpilih, anda layak dapat harga diskaun istimewa Purchase with Purchase (PWP) untuk soundbar dan speaker yang premium dari Samsung. Nak tengok filem aksi, konsert live atau drama air mata, semuanya jadi lebih terasa bila audio sekuat emosi kita.
Untuk senarai penuh produk dan ganjaran audio, boleh semak Lampiran 1, 2 dan 4.
Peralatan Rumah Digital Yang Bijak Untuk Gaya Hidup Masa Kini
Nak jimat masa, tenaga dan juga elektrik? Inilah peranan peralatan rumah digital pintar Samsung. Sepanjang kempen “Gemilang” ni, bila anda beli peti sejuk, mesin basuh, pengering, penghawa dingin dan banyak lagi, anda akan terima diskaun promosi dan/atau kredit TNG e-Wallet. Confirm hidup anda akan jadi lebih teratur, lebih jimat dan lebih tenang.
Untuk semakan model peralatan yang layak, rujuk Lampiran 4 dan 5.
PWP Vakum Pintar Samsung – Bersih Tanpa Stres
Samsung juga tak lupa pada peminat vakum! Dapatkan harga PWP eksklusif untuk vakum daripada siri Bespoke AI Jet™ dan Jet™. Bukan setakat sedut habuk, ada fungsi sapu dan mop automatik, serta bateri tahan lama. Antara model popular termasuk:
- Bespoke AI Jet™ Ultra – 400W
- Jet™ 85 Premium – 210W
- Jet™ 65 Pet – 150W
Setiap model datang dengan aksesori tambahan dan Clean Station, semua pada harga PWP istimewa. Kalau anda jenis suka rumah bersih tanpa lelah, ini memang wajib grab!
Beli Lebih, Jimat Lebih – Dapat Hingga RM500 Kredit e-Wallet!
Ni dia berita yang paling menggoda. Lagi banyak anda beli, lagi besar ganjaran yang Samsung beri! Dengan promosi “Buy More, Get More”, pembelian dua atau lebih produk dari kategori berbeza akan melayakkan anda untuk menerima sehingga RM500 dalam bentuk kredit TNG e-Wallet. Lagi power bila digabungkan:
Bilangan Produk | Nilai Kredit TNG |
2 item | RM200 |
3 item | RM300 |
4 item | RM400 |
5 item atau lebih | RM500 |
Nak jimat berganda sambil bina rumah pintar impian? Inilah peluangnya!
Kombo Hebat: Gabung TV + Soundbar atau Washer + Dryer, Dapat Lagi Lebih
Samsung bagi peluang kombo reward Tier 3 untuk pembelian pakej TV + Soundbar dan Washer + Dryer. Gabungkan mana-mana model TV 2024/2025 dengan speaker premium Samsung seperti HW-Q990F/XM, HW-Q800F/XM dan banyak lagi, dan anda boleh dapat kredit TNG tambahan sehingga RM300.
Begitu juga dengan pakej Washer + Dryer. Gabungan seperti WF90F25ADSFQ + DV90F17CDSFQ atau WW13BB944DGMFQ + DV90BB9440GMFQ membolehkan anda rebat TNG dari RM150 hingga RM300, bergantung pada model.
Setiap model disenaraikan lengkap dalam tier reward, jadi anda boleh rancang pembelian dengan bijak.
Masa Terbaik Untuk Jadikan Rumah Lebih Pintar Dengan Samsung
Bagi Budiey sendiri, kempen Samsung kali ni bukan sekadar jual produk, tapi ajak kita melangkah ke arah hidup yang lebih mudah, tersusun dan moden. Dalam dunia sekarang yang makin kompleks, teknologi sepatutnya buat hidup lebih relaks, bukan makin serabut. Samsung nampaknya faham misi tu — dan kempen Gemilang ni ialah bukti kukuh.
Nak tahu lebih lanjut? Layari: www.samsung.com/my/offer/gemilang-ai-2025
Apa Kata Budiey?
Kempen Gemilang ni bagi Budiey adalah satu bentuk pelaburan pintar untuk mereka yang mahu naik taraf gaya hidup ke tahap lebih “AI-powered”. Apa yang membezakan promosi ini adalah ganjarannya yang realistik, fleksibel dan mesra pengguna. Tambah satu produk, dapat diskaun. Tambah dua, dapat lebih. Tambah lima, terus jadi smart home champion.
Budiey rasa Samsung cukup bijak baca kehendak rakyat Malaysia yang mahukan lebih nilai untuk setiap ringgit dibelanjakan. Tambah pula dengan sentimen Merdeka yang membara, ramai yang memang cari peluang untuk ubah suasana rumah dan hidup dengan lebih canggih. Jangan tunggu sampai promosi habis 30 September ni, sebab peluang sebegini bukan selalu datang!