Samsung sekali lagi mencabar had inovasi dengan memperkenalkan Galaxy Tab S11 Ultra dan Galaxy Tab S11, tablet terbaru yang bukan sahaja tipis, nipis dan bergaya, tetapi juga sarat dengan teknologi AI pintar, prestasi gila padu, serta reka bentuk yang direka khas untuk gaya hidup moden. Diumumkan di Seoul pada 4 September 2025, pelancaran ini jelas menunjukkan Samsung mahu tablet premium bukan lagi sekadar pelengkap laptop, tetapi sebagai pengganti sebenar komputer riba ringan.
Dengan pelbagai penambahbaikan dari segi perisian One UI 8, integrasi penuh Galaxy AI, dan S Pen baharu yang lebih ergonomik, siri Galaxy Tab S11 menjadi senjata ampuh untuk pelajar, pereka kreatif, profesional korporat malah pengguna kasual yang mahukan tablet terbaik untuk kerja, hiburan dan gaya hidup serba pantas.
S Pen Baharu Jadi Kawan Rapat Kreativiti
S Pen kali ini bukan main-main. Kalau dulu pen stylus sering dilihat sekadar aksesori, kali ini Samsung mahu ia jadi alat produktiviti utama. Reka bentuknya kini lebih ergonomik dengan tip berbentuk kon yang menyokong sudut condong lebih luas, menjadikan pengalaman melukis atau menulis seakan menulis di atas kertas sebenar. Bentuk heksagon pula memberi genggaman yang lebih stabil dan natural, jadi tak mudah tergelincir bila digunakan lama.
Tambahan ciri Quick Tools dan Sticky Note memang berbaloi untuk mereka yang kerap mencatat idea spontan. Tak perlu lagi keluar masuk aplikasi — anda boleh terus menulis di atas dokumen. Untuk pelajar, ciri ini umpama lifesaver bila nak ambil nota kuliah atau semasa sesi brainstorming. Bagi pereka grafik atau artis digital pula, fungsi Drawing Assist yang boleh menukar lakaran kasar jadi visual kemas memang menjimatkan masa dan meningkatkan kualiti kerja.
Samsung DeX Baharu Jadi Senjata Multitasking
Kalau sebut Samsung DeX, ramai yang terbayang pengalaman tablet jadi macam PC. Tapi dengan Galaxy Tab S11, Samsung melangkah lebih jauh. Bayangkan anda ada Extended Mode yang menjadikan tablet dan monitor luaran sebagai setup dua skrin penuh. Ini bukan mirroring biasa, tapi betul-betul dual display — boleh buka apps berbeza di setiap skrin, drag & drop antara skrin, dan multitask tanpa henti.
Lebih gempak, pengguna boleh cipta hingga empat ruang kerja berbeza. Satu untuk kerja pejabat, satu untuk projek kreatif, satu lagi untuk perancangan perjalanan, dan satu khusus untuk hiburan. Maksudnya, anda boleh “switch mode” mengikut suasana hidup anda — macam ada empat komputer dalam satu tablet. Untuk mereka yang sering bekerja on-the-go, ini memang game changer.
Galaxy AI Jadikan Produktiviti Lebih Mudah
Samsung nak buktikan AI bukan sekadar gimmick. Dengan Galaxy AI dalam Tab S11, pengguna boleh rasa betapa canggihnya teknologi ini membantu seharian. Gemini Live contohnya, mampu faham konteks secara visual. Kalau anda tengah tengok carta ekonomi di kelas, boleh terus tanya Gemini untuk huraikan dan simpulkan.
Ciri lain seperti Writing Assist bantu perbaiki nada penulisan — sesuai bila nak hantar email rasmi atau buat laporan kerja. Circle to Search with Google pula membolehkan pengguna terjemah teks secara langsung di skrin, jadi sesuai untuk mereka yang selalu baca artikel antarabangsa. Paling praktikal, AI Floating View sentiasa “ready” dalam bentuk overlay kecil, jadi anda boleh minta ringkasan artikel panjang tanpa ganggu flow kerja.
Prestasi Yang Benar-Benar Padu
Galaxy Tab S11 Ultra menampilkan cip 3nm MediaTek Dimensity 9400+, satu peningkatan ketara berbanding siri sebelumnya. Dengan lonjakan 33% NPU, 24% CPU, dan 27% GPU, tablet ini bukan sahaja sesuai untuk kerja biasa, malah boleh jadi mesin untuk gaming AAA, video editing 4K, dan kerja kreatif berat.
Reka bentuk juga tidak dikorbankan. Dengan ketebalan hanya 5.1mm, ini adalah tablet Samsung paling nipis pernah dihasilkan. Bezelnya hanya 5.2mm, memberikan lebih banyak ruang paparan tanpa menjejaskan mobiliti. Skrin Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan sehingga 1600 nits pula memastikan paparan jelas di bawah cahaya matahari terik sekalipun.
Aplikasi Premium, Tawaran Eksklusif
Siri Galaxy Tab S11 turut hadir dengan ekosistem aplikasi premium seperti Goodnotes, Clip Studio Paint, LumaFusion dan Notion, lengkap dengan tawaran eksklusif:
- Goodnotes: percuma setahun
- Clip Studio Paint: percubaan percuma enam bulan + diskaun 20%
- LumaFusion: potongan 66% + sebulan Creator Pass percuma
- Notion: percubaan percuma sebulan untuk pelan Plus dengan AI
Untuk mereka yang mahu lebih variasi, ada juga Noteshelf 3, ArcSite, Sketchbook dan Picsart. Dari lakaran CAD hinggalah suntingan kreatif AI-driven, semua boleh dibuat dalam satu tablet.
Harga Dan Ketersediaan
Di Malaysia, siri Galaxy Tab S11 mula dijual bermula 19 September 2025 dengan dua pilihan warna — Gray dan Silver. Berikut senarai harga:
- Galaxy Tab S11 WiFi (12GB + 256GB) – RM3,899
- Galaxy Tab S11 5G (12GB + 256GB) – RM4,399
- Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12GB + 256GB) – RM5,999
- Galaxy Tab S11 Ultra WiFi (12GB + 512GB) – RM6,499
- Galaxy Tab S11 Ultra 5G (12GB + 256GB) – RM6,499
- Galaxy Tab S11 Ultra 5G (12GB + 512GB) – RM6,999
Apa Kata Budiey?
Samsung kali ini jelas membuktikan mereka tidak hanya fokus pada reka bentuk nipis, tetapi juga memastikan tablet ini benar-benar berfungsi sebagai alat produktiviti dan kreativiti kelas premium. Integrasi Galaxy AI dengan One UI 8 membuatkan setiap tugasan lebih mudah, lebih pantas, dan lebih menyeronokkan.
Bagi Budiey, Galaxy Tab S11 Ultra ini memang dicipta untuk golongan profesional muda, pereka kreatif, pelajar universiti malah mereka yang gemar bergerak sambil bekerja. Ia bukan sekadar tablet hiburan, tetapi boleh menggantikan komputer riba ringan untuk kegunaan harian.
Kalau anda sedang mencari tablet serba boleh yang boleh jadi kawan kerja, teman belajar dan juga gajet hiburan, Galaxy Tab S11 series ini sememangnya pilihan tepat.