in ,

Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Samsung Galaxy S21 5G

Telefon pintar baharu Samsung, siri Galaxy S21 5G dilancarkan secara rasmi sekali gus dibuka untuk pra tempahan. Sarat dengan pelbagai spesifikasi canggih dan mengagumkan, peranti baharu ini dijangka menjadi rebutan pengguna.

Galaxy S21 Ultra 5G dilengkapi kamera berdefinisi tinggi dengan sensor 108 megapiksel (MP), mampu menghasilkan gambar berkualiti, jelas dan memukau.

Walaupun gambar diambil menggunakan peranti ini perlu melalui proses suntingan dan potongan berulang kali, hasil akhir foto masih dilihat berkualiti dan sempurna.

Untuk Galaxy S21+ 5G dan Galaxy S21 5G pula, kedua-dua peranti ini disertakan kamera 64MP, ia sudah sempurna memenuhi keperluan fotografi anda.

Selain gambar, peranti Galaxy S21 Ultra 5G juga mampu menghasilkan video berdefinisi 8K, resolusi paling tinggi berbanding telefon pintar lain di pasaran. 

Menariknya, pengguna boleh memanfaatkan video itu untuk menukar mana-mana babak video ke gambar berkualiti sehingga 33MP.

Galaxy S21 Ultra 5G juga hadir dengan fungsi rakaman video 4K 60 bingkai sesaat, berfungsi untuk pelbagai sudut kamera sama ada ultra lebar, lebar, tele, atau hadapan. 

Bergerak seiring teknologi terkini, peranti ini juga disertakan fungsi Artificial Intelligent (AI) pada kameranya.

Dengan fungsi ini, pengguna boleh menghasilkan gambar potret setanding fotografi profesional di studio.

Fungsi AI Face Restoration, Face Retouch dan Selfie Color Tone membantu menghilangkan cela di wajah serta mengekalkan tona dan tekstur asal kulit, menjadikan swafoto tampak semula jadi. 

Pada masa sama, pengguna juga boleh memanfaatkan fungsi Portrait Lighting Effect seperti semula jadi, mono dan latar belakang untuk hasil gambar lebih memukau. 

Selain itu, peranti ini turut disertakan sistem lensa Dual Zoom, dengan kelebihan 100 kali zum serta teknologi fokus automatik Laser AF dan Dual Pixel AF, membolehkan hasil zum lebih tepat serta jelas. 

Ia juga disertakan dengan teknologi zum resolusi super AI, mampu meminimumkan kesan kabur dan meningkatkan kualiti gambar ketika zum.

Selain mengambil gambar waktu siang, berkarya di malam hari juga satu keperluan. 

Sensor pencahayaan malam pada kamera Galaxy S21 Ultra 5G membolehkan anda mengambil gambar lebih jelas dengan warna terang walaupun dalam keadaan gelap. 

Peranti ini juga mempunyai mod Advanced Night dengan kemampuan ‘multi-frame blending’ lebih pantas, membuatkan gambar malam lebih jelas, teliti dan kesan bintik yang kurang.

Prestasi lancar, bateri besar

Dikuasakan pemproses Samsung Exynos2100, siri Galaxy S21 5G memiliki cip terpantas dalam kelasnya, sempurna untuk memenuhi keperluan teknologi 5G. 

Untuk bateri, siri Galaxy S21 5G masing-masing disertakan bateri berkapasiti besar dan tahan lama sesuai keperluan peranti. 

Galaxy S21 Ultra 5G hadir dengan bateri 5,000mAh, Galaxy S21+ 5G 4,800mAh dan Galaxy S21 5G pula 4,000mAh. 

Dengan bateri sebesar ini, pengguna dapat menikmati pengalaman penggunaan tanpa henti dan memuaskan. 

Pengguna juga tidak perlu risau kerana telefon pintar ini turut disertakan teknologi pengecasan super pantas berwayar 25watt (W) dan pengecasan pantas tanpa wayar 2.0 15W. 

Rekaan memukau

Bercakap mengenai rekaannya pula, Samsung sudah tentu tidak mengecewakan pengguna. 

Kali ini, siri Galaxy S21 5G tampil lebih memukau dengan rekaan ikonik dan moden. 

Pada bahagian kameranya sahaja sudah terlihat kemas dengan keratan kontur, cukup sepadan dengan bingkai peranti. 

Ciri bonus untuk rekaan S21 Ultra 5G, bahagian kameranya pula 30 peratus kurang menonjol, berbanding rekaan pada peranti N20 Ultra, menjadikan ia tampak lebih langsing. 

Bagi memenuhi citarasa dan keperluan gaya hidup terkini, siri Galaxy S21 5G ditawarkan dalam enam warna berbeza iaitu Phantom Silver, Black, Violet, Gray, White dan Pink.

Bukan itu sahaja, kemasan akhir Frosted Haze pada badan peranti menjadikan ia tampak premium, sesuai untuk semua pilihan warna. 

Malah, permukaan matte dan glossy juga menghasilkan rasa serta sentuhan unik. 

Dari segi ketahanan, siri Galaxy S21 5G hadir dengan kaca paling kuat dalam kelasnya. Ia 25 peratus lebih kuat dan dua kali tahan calar. 

Berdasarkan ujian makmal, Gorilla Glass Victus (CG7) masih bertahan walaupun jatuh dari ketinggian dua meter.

Tidak cukup dengan itu, peranti ini diyakini mampu memberikan pengalaman penggunaan terbaik menerusi rekaan skrin utama dan panel pantas yang mesra pengguna, fleksibel serta menyeronokkan. 

Buat pra tempahan sekarang!

Dilancarkan secara minggu lalu, peminat siri Galaxy S21 5G boleh mula membuat pra tempahan untuk mana-mana peranti pilihan dan nikmati hadiah percuma. 

Galaxy S21 Ultra 5G didatangkan bersama Galaxy Buds Pro, manakala Galaxy S21 5G dan S21+ 5G masing-masing disertakan Galaxy Buds Live.

Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga akan membawa pulang Galaxy SmartTag untuk pembelian mana-mana siri Galaxy S21 5G.

Dengan segala kelebihan serta spesifikasi secanggih ini, harga yang ditawarkan untuk siri Galaxy S21 5G sangat berbaloi. 

  • Galaxy S21 5G (256GB) RM3,699 
  • Galaxy S21+ 5G (256GB) RM4,299
  • Galaxy S21 Ultra 5G (256GB) RM5,299
  • Galaxy S21 Ultra 5G (512GB) RM5,899

Jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan siri Galaxy S21 5G sekarang! 

Layari www.samsung.com.my untuk maklumat lanjut.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bantu Keluarga Semasa Menghadapi PKP, Achey Akui Dimurahkan Rezeki

Penguatkuasa Tutup Kedai Minuman Shuib, Kini Pengurusan BubbleBee Bersuara