in , ,

Samsung Galaxy Note 20 Bakal Dilancarkan Pada 5 Ogos

SAMSUNG Electronics Co pada Rabu mengesahkan acara Galaxy Unpacked 2020 bakal dilancarkan 5 Ogos secara dalam talian. Siaran langsung acara pelancaran itu bermula 10 malam waktu tempatan. Kebiasaannya acara pelancaran produk baharu diadakan di New York.

Samsung telah pun mengeluarkan jemputan ke acara tahunan Samsung Unpacked 2020. Majlis pelancaran ini akan diadakan secara maya, menerusi siaran langsung yang boleh ditonton orang ramai pada 5 Ogos 2020, pukul 10 malam waktu Malaysia. Ia akan disiarkan di laman web Samsung Malaysia.

Pada majlis ini, Samsung akan melancarkan beberapa produk baru keluarannya. Satu model yang pasti dilancarkan adalah generasi baharu siri Galaxy Note, dijangka membawa nama Galaxy Note 20. Selain itu, ada khabar mengatakan Samsung akan turut memperkenal generasi kedua tablet dengan skrin boleh lipatnya, Galaxy Fold 2.

Samsung Unpacked 2020

Dari gambar yang dikongsikan Samsung, ia seakan mengesahkan gambar Galaxy Note 20 yang terbocor sebelum ini. Secara rasmi, Samsung belum menunjukkan sebarang rupa rasmi tentang peranti terbaru mereka yang belum dilancarkan. Tetapi secara tidak rasmi, gambar telefon berwarna Mystic Bronze yang sama telah ditemui di laman web Samsung Rusia dan Ukraine.

Sebelum itu, pembocor berita @OnLeaks pernah berkongsi gambaran Galaxy Note 20 yang sangat serupa, dihasilkan dari maklumat yang beliau terima. Galaxy Note 20 dikhabarkan tidak akan dilengkapi fungsi Space Zoom 100x seperti di Galaxy S20 Ultra tetapi masih menggunakan sensor Bright HM1 108MP.

Samsung Galaxy Note 20 Bakal Dilancarkan Pada 5 Ogos

Dari gambar itu, dapat dilihat kamera belakang yang sangat tebal, menggandingkan tiga kamera. S Pen juga dilihat serupa dengan satu butang padanya. Selain itu, butang kuasa dan kawalan bunyi kini terletak di sisi yang sama, di mana biasanya Samsung sebelum ini meletakkan butang kuasa di sisi kanan dan butang kawalan bunyi di sisi kiri.

Orang ramai yang berminat dan mahu menjadi terawal menerima notis dari Samsung mengenai acara ini, boleh mendaftar minat di laman mikro Samsung Unpacked 2020. Seperti biasa, Malaysia boleh dijangka sebagai pasaran terawal telefon terbaru Samsung.

Samsung Galaxy Note 20 Bakal Dilancarkan Pada 5 Ogos

Samsung dijangka memperkenalkan peranti mudah alih baharu, termasuk siri Galaxy Note 20 yang mempunyai dua model iaitu Note 20 biasa dilengkapi paparan 6.4 inci, sementara Note 20 Ultra dikhabarkan menampilkan panel 6.9 inci.

Di Korea Selatan, Galaxy Note 20 akan dilancarkan pada 21 Ogos, dengan tempahan awal turut dibuka pada tarikh yang sama.

Samsung juga dijangka memperkenalkan dua lagi telefon bimbit jenis lipat, Galaxy Fold 2 dan Galaxy Z Flip 5G, pada acara itu.

Pihak industri berkata gergasi teknologi itu juga akan mengeluarkan jam tangan Galaxy Watch 3 dan fon telinga tanpa wayar Galaxy Buds Live.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Safiey Illias Jawab Fungsi F*raj P*ndan & Transgender Selepas Pembedahan

Neelofa Ada Sebab Pilih Hans Jadi Tetamu NEXT TO NEELOFA