in , ,

Samsung Dijangka Melancarkan Telefon Bimbit Galaxy S21 FE di CES 2022

Samsung Galaxy S21 FE merupakan salah satu peranti yang dinantikan oleh ramai pengguna Samsung. Apakah kelebihan telefon bimbit ini?

Sebelum ini, ia telah dijangka diperkenalkan pada suku ke-4 2021 ini, namun dilihat tertangguh disebabkan oleh masalah bekalan semikonduktor.

Terbaru, mengikut laporan SamMobile, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S21 FE pada awal tahun 2022 kelak dibawah acara tahunan CES 2022.

CES 2022 dijangka diadakan pada 5 Januari di Las Vegas. Samsung sedia menghadirkan diri pada acara CES beberapa kali pra-COVID, dan memperkenalkan pelbagai peranti, termasuk televisyen.

Samsung Dijangka Melancarkan Telefon Bimbit Galaxy S21 FE di CES 2022

Dengan pelbagai pengeluar kini menghadapi masalah bekalan, mungkin tiada sebarang pesaing yang memperkenalkan telefon pintar pada acara CES 2022, dan mungkin Samsung dapat mencuri perhatian ramai pada acara berkenaan.

Selain Galaxy S21 FE, Samsung turut diwar-warkan mungkin memperkenalkan Galaxy S22 pada awal bulan Februari tahun 2022.

Sumber: Amanz & SamMobile

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Seburuk Buruk Orang Lain, Lebih Buruk Saya,” Catatan Terbaru Ebit Lew Tarik Perhatian

Pelancaran Keluarga Malaysia Oleh Perdana Menteri Disambut Baik Barisan Anak Seni