Samsung terus menunaikan janjinya untuk ‘demokrasikan kecerdasan buatan’ dengan memperluas akses AI Geminikepada pengguna Galaxy A Series – barisan telefon pintar yang dikenali kerana menawarkan nilai hebat dan prestasi cemerlang pada harga mampu milik. Menerusi kemas kini perisian baharu yang akan dilancarkan bermula Mei ini, pengguna Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G boleh mengaktifkan pembantu AI Gemini hanya dengan menekan dan menahan butang sisi, menjadikan urusan harian lebih intuitif dan cekap.
Butang Sisi Kini Lebih Pintar Dengan Gemini
Sebelum ini, hanya pemilik siri premium Galaxy S sahaja dapat menikmati kemudahan AI ini. Kini, Samsung memberi nafas baharu kepada siri A dengan memperkenalkan ciri kegemaran ramai ini. Pengguna kini boleh melancarkan Gemini dengan mudah, hanya melalui satu sentuhan butang. Ia bukan sekadar jalan pintas, tapi satu langkah ke arah pengalaman pintar yang lebih personal.
Menurut Jay Kim, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pejabat Pengalaman Pelanggan, Perniagaan Pengalaman Mudah Alih Samsung Electronics:
“Samsung dan Google bekerjasama untuk menyampaikan pengalaman AI yang lancar dan bermakna. Kami teruja kerana pengguna Galaxy A kini boleh mengaktifkan Gemini dengan lebih pantas dan semula jadi, seiring dengan aliran tugasan harian mereka.”
Kuasakan Tugas Harian Anda Dengan Hanya Suara
Bayangkan sedang sibuk di pejabat atau dalam perjalanan, anda hanya perlu sebut:
“Cari restoran Perancis yang mesra haiwan peliharaan dan ada tempat duduk di luar berhampiran saya.”
Boom! Gemini terus paparkan senarai, siap boleh kongsi lokasi kepada rakan melalui aplikasi Messages. Tak perlu buka banyak aplikasi atau taip panjang lebar. Segalanya hanya dengan suara.
Kelebihan ini bukan sahaja menyentuh aplikasi Samsung atau Google, malah turut merangkumi aplikasi pihak ketiga yang terpilih. Anda boleh semak kalendar, cari hadiah hari jadi, rancang percutian atau buat pelbagai urusan dengan lebih cepat dan mudah.
Model Galaxy A Mana Yang Menawarkan Gemini AI Dengan Butang Sisi?
Samsung memperkenalkan ciri ini dalam model terkini mereka yang termasuk:
1. Galaxy A26 5G
- 6+128GB – RM1,199
- 8+256GB – RM1,399
- Warna: Black, Mint, Peach Pink
Ganjaran: - Baucar e-voucher eksklusif RM100
- Naik taraf storan berganda bernilai RM200
- Jaminan tambahan 1 tahun bernilai RM129
- Diskaun sehingga 30% untuk pembelian aksesori Galaxy terpilih
2. Galaxy A36 5G
- 6+128GB – RM1,499
- 12+256GB – RM1,699
- Warna: Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, Awesome Lime
3. Galaxy A56 5G
- 8+128GB – RM1,999
- 12+256GB – RM2,199
- Warna: Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, Awesome Pink
Promosi eksklusif ini sah sehingga 30 April 2025 – masa terbaik untuk upgrade telefon korang!
Beli Sekarang Melalui Pautan Rasmi Samsung:
Apa Kata Budiey?
Ini satu langkah strategik yang bijak daripada Samsung. Dengan memindahkan fungsi canggih daripada flagship ke model bajet, Samsung bukan saja mendekatkan teknologi kepada pengguna, malah mencipta ekosistem telefon pintar yang lebih inklusif dan pintar. Bagi Budiey, pendekatan sebegini bukan sahaja menepati kehendak pengguna moden, malah meningkatkan nilai dan kepraktisan dalam pemilihan telefon pintar harian.
Bagi korang yang inginkan telefon bajet tapi ciri premium, Galaxy A Series yang baharu ini sangat berbaloi dimiliki. Dan dengan akses AI Gemini hanya dengan butang sisi, kita dah melangkah ke satu era baru di mana suara jadi remote control untuk seluruh dunia digital kita.
Nak lagi pengalaman AI yang awesome? Inilah masanya untuk naik taraf.