in , ,

Sambutan Menggalakkan, Pixar Bakal Hasilkan Filem Animasi CARS 4

Itulah berita yang telah disahkan oleh Pengarah Kreatif Disney dan Pixar, yang mengesahkan penghasilkan sambungan francais animasi kegemaran ramai berkenaan. 

Dalam acara Porsche Rennsport Reunion 7 baru-baru ini, Ward yang telah berkhidmat di Pixar Animation Studios selama 25 tahun berkata;

There are more Cars things brewing, I can’t say much more yet. Cars has got a life that will keep going. I am working on some real fun projects right now that you will see in a couple of years. It takes us a while to make them.

Filem animasi Cars (2006) pertama kalinya menampilkan watak kereta lumba kesayangan ramai, dengan Owen Wilson memberikan suara untuk watak Lightning McQueen. Susulan kejayaan dan sambutan menggalakkan filem Cars, dua filem sambungan telah dihasilkan iaitu Cars 2 (2011) dan Cars 3 (2017). 

Selain francais filem berlatarkan watak kereta, satu filem spin-off film turut dihasilkan iaitu Planes (2013), yang turut mempunyai sambungannya sendiri iaitu Planes: Fire & Rescue (2014). 

Bukan itu sahaja, francais Cars turut berkembang dalam bentuk siri TV, dengan siri terbaharu adalah Cars on the Road terdiri daripada 8 siri pendek yang ditayangkan di Disney+ pada 2022.

Sebelum ini, penerbit filem Cars, Kevin Reher dan Andrea Warren ada menyatakan kemungkinan penghasilkan filem keempat dalam francais filem Cars berkenaan. Menurut Reher;

If there’s a good story to tell I mean our heads kinda break after having gotten this one done, like oh my god what could you do the further adventures of? But like any sequel, from Toy Story 4 to Incredibles, as long as there’s a good story to tell it’s worth investing, we do love these characters, we love them as much as the public does.

Reher dan Warren turut memberi bayangan yang filem Cars 4 akan memberi tumpuan kepada watak Cruz Ramirez (lakonan suara Cristela Alonzo), watak penting yang diperkenalkan dalam filem Cars 3 sebelum ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI SARAH LIYANA

Jari Disarung Cincin Berlian, Betul Ke Puteri Sarah Dah Jadi Milik Orang?

Noki Buang Rantai & Gelang, Mahu Baiki Diri Sebelum Kahwin