in , ,

Sambutan Istimewa Tahun Baru Cina Bersama Melinda Looi dan Sherson Lian

Sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga mungkin terhad bagi kali ini tetapi itu tidak bermakna kita tidak dapat meraikan bersama keluarga tersayang. Buat pertama kalinya, Airbnb bekerjasama dengan empat personaliti berbakat dari Malaysia untuk menganjurkan Pengalaman Atas Talian (Online Experience) yang istimewa.

Pengalaman Atas Talian ini akan dihoskan oleh pereka fesyen terkemuka Melinda Looi, chef selebriti Sherson Lian, usahawan dan dermawan Shen-tel Lee, dan model dari Penang Sheena Liam mulai 6 Februari ini di http://www.airbnb.com/d/chineseniuyear.

Antara aktiviti-aktiviti yang dapat ditempah melalui Airbnb:

Melinda Looi x Airbnb
  • Reka Bentuk Boneka dengan Melinda Looi – Pengalaman ini akan menunjukkan kepada anda cara mudah untuk menggunakan stokin atau pakaian lama dan gunakan kreativiti untuk menukarkannya menjadi boneka bentuk lembu sempena Tahun Baru Cina,
Sherson Lian x Airbnb
  • DIY Yee Sang bersama Shentel & Betty Lee – Shentel dan ibunya, Betty akan berinteraksi bersama anda dan berkongsi tip bagi membuat hidangan Yee Sang yang mengagumkan mengunakan bahan harian. Semua hasil daripada aktiviti ini akan disumbangkan kepada Kuching Food Aid.

“Sebagai seorang ibu, saya tahu anak-anak saya menantikan kegembiraan dan keseronokan yang biasa dibawa oleh perayaan Tahun Baru Cina. Walaupun kita tidak dapat meraikan dengan cara yang sama tahun ini, saya percaya kita masih dapat meluangkan masa bersama untuk mencipta jenama keseronokan sendiri, dan saya tidak sabar untuk berkongsi perkara ini dengan semua,”

– Melinda Looi

“Resipi ini mempunyai makna yang sangat istimewa kerana ialah hidangan yang saya menyediakan bersama ibu saya bagi makan malam keluarga kami setiap Tahun Baru Cina. Saya harap dapat berkongsi keunikan perayaan ini dengan rakyat Malaysia ketika mereka memasak dan menikmati hidangan ini bersama-sama dengan orang yang mereka sayangi,”

– Sherson Lian

Layari semua Pengalaman Atas Talian yang sedia ada pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini di http://www.airbnb.com/d/chineseniuyear.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persiapan Nikah Sudah Selesai, Ayu Ting Ting Batal Nikah Dengan Adit Jayusman

Marahkan Pengurusan, Pekerja J&T Mogok Dengan Membaling Barang Pelanggan