in , ,

Sambut Hari Ibu Dengan Tawaran Hebat Samsung Penuh Kasih Sayang

Raikan Kasih Seorang Ibu Dengan Teknologi Terkini Yang Pasti Menyentuh Hati

Setiap tahun, bulan Mei menjadi saksi kepada satu sambutan yang cukup bermakna – Hari Ibu, satu hari yang didedikasikan untuk menghargai insan paling istimewa dalam hidup kita. Dialah yang tidak pernah jemu menyayangi, menyokong dan berkorban untuk kita. Jadi, apa hadiah terbaik yang boleh kita berikan sebagai tanda penghargaan? Jawapannya: sesuatu yang bukan sahaja berguna, tetapi boleh mengubah cara ibu (dan ayah!) menikmati kehidupan seharian – teknologi pintar dari Samsung.

Bermula dari 8 Mei hingga 31 Mei 2025, Samsung memperkenalkan tawaran istimewa eksklusif sempena Hari Ibu dengan potongan harga yang sangat berbaloi dan hadiah percuma yang mengujakan. Sama ada untuk menaik taraf telefon pintar, memberikan jam tangan pintar baharu, atau memperkenalkan ibu kepada dunia Galaxy AI, inilah masanya untuk memberi sesuatu yang bukan sekadar hadiah, tapi pengalaman baharu yang lebih mudah, lebih pintar dan penuh kasih.

Galaxy AI: Hadiah Pintar Yang Membantu Ibu Menikmati Kehidupan Dengan Lebih Lancar

Buat ibu bapa yang belum begitu mahir dengan teknologi, Galaxy AI akan menjadi ‘pembantu peribadi’ mereka. Daripada kamera pintar yang tangkap gambar cucu dengan sempurna, hingga ke ciri penterjemah automatik ketika bercuti ke luar negara, Galaxy AI menjadikan hidup lebih senang dan seronok.

Bukan itu sahaja, Samsung turut menawarkan hadiah percuma seperti Galaxy Watch7 dan Galaxy Buds3 bernilai sehingga RM1,199 untuk pembelian model terpilih! Bagi model yang lebih mampu milik seperti Galaxy A36 dan A26, pembeli akan menerima pengecas pantas 25W bernilai RM89 secara percuma – satu bonus yang sangat praktikal.

Sambut Hari Ibu Dengan Tawaran Hebat Samsung Penuh Kasih Sayang

Senarai Model Dengan Rebat & Hadiah Percuma Menarik

Berikut senarai ringkas model-model terlibat dan tawaran yang ditawarkan (untuk maklumat penuh, boleh terus ke laman rasmi Samsung):

Galaxy S25 Ultra

  • Rebat RM300
  • Hadiah: Galaxy Watch7 40mm bernilai RM1,199
  • Harga selepas rebat: Bermula RM5,699

Galaxy S24 Ultra

  • Rebat hingga RM1,000
  • Hadiah: Galaxy Buds3 bernilai RM599
  • Harga selepas rebat: Bermula RM4,499

Galaxy A56, A36 dan A26 5G

  • Rebat RM200
  • Hadiah: 25W Power Adapter tanpa kabel bernilai RM89
  • Model A56 turut hadir dengan Galaxy Fit3 bernilai RM299

Galaxy Z Flip6 & Fold6

  • Rebat hingga RM900
  • Hadiah: Tiada (tapi harga selepas rebat sangat kompetitif!)

Galaxy Watch7 & Buds3 Pro

  • Rebat antara RM150 hingga RM500
  • Harga selepas rebat serendah RM449 untuk Buds3

Hadiah Yang Bukan Sekadar Barangan – Tetapi Sebuah Pengalaman Teknologi

Samsung memahami bahawa teknologi bukan sekadar gajet, tetapi alat yang boleh menghubungkan keluarga, memudahkan rutin harian, dan menjadikan memori lebih bermakna. Dengan setiap peranti yang direka khusus untuk keselesaan pengguna, inilah masa yang tepat untuk bantu ibu dan ayah menyesuaikan diri dengan dunia digital – sambil menikmati faedah eksklusif yang sangat berbaloi.

Seperti kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga – jadi apa salahnya kita berikan sesuatu yang membolehkan mereka merasai dunia dalam genggaman, dengan penuh gaya dan kemudahan?

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari laman rasmi Samsung di www.samsung.com/my/mobile

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, kempen Hari Ibu dari Samsung kali ini bukan sekadar promosi biasa. Ia satu peluang terbaik untuk kita meluahkan kasih sayang dengan cara yang moden – hadiah yang bukan sekadar cantik di mata, tetapi benar-benar berguna dalam kehidupan seharian.

Kalau Budiey sendiri nak pilih hadiah untuk mak, mestilah Budiey pilih Galaxy S24 Ultra dengan Galaxy Buds3 percuma – kamera cun, AI canggih dan hadiah eksklusif yang tak boleh ditolak!

Kalau korang rasa mak korang patut rasa pengalaman premium macam ni, jangan tunggu lama-lama. Promosi sampai 31 Mei je! Jangan lepaskan peluang.

Nak Budiey bantu pilihkan model paling sesuai ikut bajet dan gaya hidup mak korang? Komen je!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KRU Terima Dua Pengiktirafan Hebat Malaysia Book of Records