in ,

Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Ditolak Mahkamah Dengan Kos RM5,000

Peguam Linda Rafar, Nurul Hafidzah Hassan menerusi hantaran di Instagram (IG)nya meluahkan rasa syukur apabila mahkamah menolak saman komital jururawat terhadap anak guamnya dengan kos RM5,000.

Menerusi posting tersebut juga Hafidzah mengucaokan tahniah kepada anak guamnya serta ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan mereka dan berharap kemenangan pada kes susulan.

“Air mata gembira. Saman komital jururawat terhadap anak guam saya ditolak mahkamah dengan kos RM 5,000.00.

“Tahniah anak guam saya @lindarafar semoga kemenangan lain menyusul. Terima kasih atas doa doa kalian. Semoga yang baik2 akan dipulangkan kepada anda semua,”

– Linda Rafar
Linda Rafar

Linda pada 24 Julai lalu berjaya membatalkan notis komital yang difailkan terhadapnya oleh seorang jururawat sebuah hospital di Shah Alam pada tahun lalu.

Pada 8 Mei 2019, Linda, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, bersama jururawat itu telah mencapai satu penyelesaian luar mahkamah dan difahamkan Linda memenuhi kesemua bahagiannya dalam penyelesaian tersebut.

Namun begitu, jururawat itu tetap memfailkan satu tindakan komital terhadap anggota kumpulan Elite tersebut.

Mahkamah Seksyen Shah Alam telah bersetuju bahawa Linda tidak bersalah dan telah memenuhi kesemua bahagiannya dalam persetujuan tersebut seperti yang dijanjikan.

Untuk rekod, Nurul Hafidzah merupakan peguam sivil dan korporat dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors yang mewakili Linda sepanjang kes itu dibicarakan.

Terdahulu, Delegasi Jururawat Malaysia (DON) dilaporkan mengumpul dana bagi membantu seorang jururawat memfailkan notis komital selepas didakwa menjadi mangsa fitnah Linda.

Ia susulan Linda memuat naik satu perkongsian di media sosial kerana berasa kesal atas layanan buruk seorang jururawat ketika ibunya dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Model | 16

Datuk Rizalman Tegur Neelofa Suruh Pakai Stokin, Ini Sebabnya

Bts | 17

BTS Dijemput Persembahkan ‘Dynamite’ di Perhimpunan Kesihatan Sedunia