in

Samad Pemain Gitar Lefthanded Meninggal Dunia Secara Mengejut

Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan salam takziah buat famili Allahyarham Samad Lefthanded.

Budiey BlogBekas gitaris kumpulan Lefthanded, Abdul Samad Mian 45, beliau yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia kira-kira jam 12:45 tengah hari semalam. Difahamkan Allahyarham terjatuh di pejabat abangnya dan selepas itu beliau dikejarkan ke Hospital Ampang.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang selepas terjatuh di pejabat abangnya, di Taman Cahaya, Ampang ketika sedang berbual-bual dengan salah seorang pekerja di situ. Bagaimanapun ketika tiba di hospital berkenaan, pihak hospital mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norliza Suhairi, 41 dan empat orang anak yang berusia antara 18 dan enam tahun dan balunya  tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai kematian suaminya kerana masih berada dalam keadaan terkejut. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor patang ini.

Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi.

Samad pernah menghasilkan alabum solonya berjudul Kenangan Bersamamu pada tahun 1994. Menurut Nash, walaupun mereka ada seliseh faham tapi semua itu sudah dilupakan mereka berdua.

Sejak tidak aktif bermain muzik bersama Lefthanded, Samad lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaannya sendiri.

Pada masa yang sama, anak kelahiran Johor Bahru ini juga mengisi kerjayanya sebagai pensyarah sambilan dalam bidang petikan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu. Samad pernah melahirkan kekecewaannya dengan industri hiburan tempatan yang lebih menonjolkan penyanyi berbanding ahli-ahli muzik dalam sesebuah kumpulan.

Menurut Allahyarham, sikap pilih kasih ini jelas dapat dilihat di kebanyakan stesen televisyen (TV), radio, media cetak yang kurang memberi pendedahan serta publisiti kepada para pemuzik tempatan. Allahyarham menyuarakan agar para pemuzik diberi peluang memperlihatkan kemahiran mereka bermain alat-alat muzik.

Gitaris lagenda yang mula bersama Lefthanded sejak tahun 1985 dan mempunyai kemahiran bermain gitar selama 25 tahun itu, menitipkan album petikan gitarnya yang terkahir itu bagi membantu para peminat yang ingin mempertingkatkan lagi kemahiran mereka bermain gitar.

Menerusi album terakhirnya itu. Para peminat boleh memetik gitar menerusi lima buah lagu iaitu Rozana (Search), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Kisah Kau Dan Aku (Alleycats), Kenangan Bersamamu (Lefthanded) dan Memburu Rindu (Hattan).

Sepanjang beliau menjadi anak seni, Samad yang pernah menjadi pemuzik undangan filem Rozana Cinta 87 itu pernah memenangi Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. Setelah kehilangan gitaris handal M.Shariff beberapa tahun yang lalu, industri kita kehilangan seorang lagi gitaris hebat, Abdul Samad Mian. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AlFatihah. Amin.

Sumber dari Mstar Online.
2968398798 F55E81E1F4 O | 4

Allahyarham Samad (belakang) bersama ahli kumpulan Lefthanded. Dari kiri Nash, Tom, Man Kidal dan Arab.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Liyana Minum Apa Tu?

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Media Prima