in ,

Saluran Terbaharu HD dari Astro Melengkapkan Dunia HD

Terus terang Budiey cakap kat sini, kalau SEMUA stesen TV menyiarkan dalam bentuk definisi tinggi alangkah bagus. Heaven duniaku! Sebab apa, apabila dah terbiasa dan selalu menonton dalam bentuk definisi tinggi ni, sekali kan bila kena tonton dalam bentuk definisi standard, Budiey rasa macam tak best pulak.

Terus terang Budiey cakap kat sini, kalau SEMUA stesen TV menyiarkan dalam bentuk definisi tinggi alangkah bagus. Heaven duniaku! Sebab apa, apabila dah terbiasa dan selalu menonton dalam bentuk definisi tinggi ni, sekali kan bila kena tonton dalam bentuk definisi standard, Budiey rasa macam tak best pulak.

Ini hanya pendapat Budiey je, tak tahu pulak pendapat korang macamana. Yelah, kenikmatan menonton dalam bentuk HD ni lain macam sikit, korang mesti tahu perubahan ketara yang Budiey maksudkan tu. Nak tahu perubahannya kena cubalah sebab sekarang ni, Astro ada buat sesi pratonton saluran HD terbaru.

Launch of Astro's 10 New Channels

Terima kasih kepada Astro yang sentiasa memberi pilihan terbaik untuk pelanggan setianya. Pada 11 November yang lalu, Budiey rasa sangat bertuah sangat kerana telah dijemput oleh Astro untuk menghadiri Pelancaran Saluran Terbaharu Astro yang diadakan di sebuah hotel mewah di SOJU Sunway. Fuh, pelancarannya sangat happening dan meriah okay! Skrin kat pentas utama tinggi dan sangat besar.

Kini Boleh Menonton TV Dengan Lebih Selesa & Gaya Canggih

Dengan pelancaran ini, setidaknya, Astro telah memberi kita semua lebih banyak pilihan dengan melancarkan lapan saluran terbaharu berdefinisi tinggi (HD) dan dua saluran definisi standard (SD) di mana kita semua boleh tonton mulai 16 November lalu.

[pullquote]Dalam banyak-banyak saluran terbaharu HD ni, Budiey sangat teruja dengan adanya saluran FOX Action Movies di mana saluran ini menyajikan banyak sekali senarai filem aksi blokbuster yang meletop dan terhangat di pawagam. Budiey memang suka filem bergenrekan aksi dan sudah tentu saluran ini akan menjadi saluran kegemaran Budiey nanti.[/pullquote]

Kalau kita sorot kembali, saluran HD Astro bermula dengan hanya empat buah saluran sewaktu dilancarkan pada 2009 sebelum bertambah ke 40 buah saluran. Dengan penambahan 10 saluran baharu ini, kita semua kini dah ada 182 saluran yang ditawarkan menerusi pakej yang menarik sesuai dengan citarasa dan gaya hidup masing-masing.

Pelancaran lapan buah saluran HD ini menjadikan jumlah keseluruhan 48 buah saluran HD. Saluran baharu HD yang dilancarkan adalah Fox Family Movies HD (Saluran 434), Fox Action Movies HD (Saluran 430), HITS HD (Saluran 720), FYI HD (Saluran 736), Astro AEC HD (Saluran 306), Astro Shuang Xing HD (Saluran 307), DIVA HD (Saluran 723) dan FOX HD Saluran 724) manakala saluran SD baharu pula adalah ZooMoo (Saluran 619) dan Celestial Classic Movies (Saluran 321).

Untuk memberikan prebiu kepada pelanggan, sesi pratonton dibuka kepada pelanggan Astro HD dari 16 November 2014 sehingga 28 Februari 2015 di mana kita dapat menonton saluran tersebut.

Pelanggan saluran Astro SD juga boleh menikmati saluran Zoo Moo(bergantung dengan ‘Kids pack subscription’) dan Classic Chinese Movies dari 16 November 2014 hingga 28 February 2015 dan Astro on the Go (AOTG) untuk pelanggan saluran HD dari 1 Disember hingga 25 February 2015 secara percuma.

Dengan penambahan 10 saluran baharu ini, para pelanggan Astro kini mempunyai pilihan lebih 180 buah saluran yang ditawarkan menerusi pelbagai pakej menarik.

Buat pertama kalinya, Astro berbesar hati menawarkan kandungan video atas permintaan (VOD), Astro Plus, yang mengandungi lebih seribu jam tayangan filem Hollywood, program televisyen dari Amerika Syarikat dalam musim lengkap dan rancangan untuk kanak-kanak.

Para pelanggan hanya perlu mempunyai sambungan internet menerusi Rakaman Video Peribadi (PVR) atau Astro on the Go (AOTG) untuk menonton kesemua program kegemaran mengikut keinginan, masa, tempat dan keselesaan mereka sama ada menerusi televisyen, komputer peribadi atau tablet mahupun telefon bimbit.

Langgani Pek HD Yang Berpatutan

Pada masa yang sama, Astro turut melancarkan dua pakej baharu iaitu Fans Pack (Value Pack 4) dan Astro Super Pack Plus yang menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada para pelanggan mengikut pilihan pakej mereka. Fans Pack yang boleh dilanggan dengan bayaran RM99 sebulan, bakal menarik peminat sukan yang gemar tayangan berbentuk HD di samping berpeluang menonton kandungan hiburan terbaik tempatan dan Asia.

Astro Super Pack Plus yang bermula dengan RM178 menawarkan perkhidmatan video atas permintaan terbaharu, Astro Plus, pilihan pek premium seperti Mustika, Dynasty, Astro On Demand, Astro Box Office, Maharaja dan Chakravathy serta saluran seperti A-List dan termasuk akses Astro’s Listen dan perkhidmatan digital Read dan Play. Pelanggan Astro PVR dengan Super Pack akan menikmati pratonton secara percuma kepada semua perkhidmatan dan saluran Astro Super Pack Plus bermula 1 Disember 2014 sehingga hujung Februari 2015!

Sementara itu, yuran HD juga akan dinaikkan dari RM20 ke RM25 bermula 1 Disember 2014. Ini merupakan kenaikan pertama yuran perkhidmatan HD sejak diperkenalkan pada 2009. Bermula 16 November 2014 sehingga penghujung Februari 2015, kesemua pelanggan Astro HD akan menikmati pratonton percuma untuk kesemua saluran HD dan SD baharu termasuk capaian kepada Astro on the Go bermula 1 Disember 2014 sehingga penghujung Februari 2015.

Henry Tan, COO Astro

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi, Astro.

Buat masa ini, Budiey dah pun menonton kesemua saluran terbaharu yang ditawarkan dan Budiey kira memang berbaloi. Tambahan lagi apabila ada saluran FOX Action Movies dan FOX Family Movies menawarkan banyak sekali filem-filem yang menarik.

Bila banyak pilihan ni, Budiey dah tidak lagi membeli DVD atau menonton di platform yang lain. Terima kasih Astro!

Untuk info lanjut, layari: www.astro.com.my

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Menang Baju T Eksklusif NEONATE CLOTHING

budieybuddies

Movie Day Out Bersama BudieyBuddies Menonton Filem ALEXANDER