in , , ,

Dua Tahun Berehat, Sakura Band Kembali dengan MENANG

Hampir dua tahun berehat dari persada muzik tempatan disebabkan vokalis, Mell mengandung dan bersalin, kini Sakura Band kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul, Menang.

Umum mengetahui Sakura Band yang dianggotai Mell (vokalis), Haniff (gitar kedua), Ali (gitar pertama) dan Akai (basis) ditubuhkan sejak 2012 dan berjaya mencipta pengaruh tersendiri apabila single Setelah Hujan yang juga tema drama Diandra di TV3 mencipta fenomena.

Sejak itu, nama Sakura Band terus menjadi siulan dan setiap lagu mereka berjaya diterima ramai dan mendapat maklum balas positif peminat muzik tempatan.

Antaranya, Pelarian, Melepaskanmu dan Polaroid. Kali terakhir Sakura Band muncul dengan single pada 2018 menerusi lagu Magik.

SAKURA BAND 2020

Menariknya mengenai Menang, ia adalah hasil karya ciptaan Natasya, Mell dan Haniff dari Sakura Band sendiri. Sementara lirik tulisan Mell dan Haniff.

Menurut Haniff yang juga pemain gitar kedua, lagu Menang sudah disiapkan dua tahun lalu dan baru kali ini sedia dilancarkan.

“Lagu ini sudah ditulis dua tahun lalu. Ia sepatutnya dilancarkan tahun lepas, tapi disebabkan Mell hamil dan bersalin, jadi kami berehat.

“Kiranya, sepanjang tahun lalu saya dan anggota lain memberi fokus kepada kerja belakang tabir dan buat lagu sendiri.

“Awal tahun ini baru kami berbincang semula dan tetapkan masa untuk Menang dilancarkan,”

– Haniff
SAKURA BAND 2020

Haniff berkata, walaupun sudah diperam selama dua tahun, muzik Menang masih dianggap relevan pada masa sekarang.

“Lagu ini adalah kesinambungan Magik. Ia juga berentak elektronik moden. Jadi, muzik Menang masih relevan sebab masih moden dan boleh layan.

“Apatah lagi, lirik lagu ini menceritakan bagaimana kita perlu berjuang dalam kehidupan.

Apa jangkaan kita untuk mencapai kemenangan.

Pendek kata, ia memberi motivasi buat semua,”

– Haniff
SAKURA BAND 2020

Haniff berkongsi, lagu Menang sepatutnya menjadi projek album bersama syarikat rakaman Universal Music yang turut bertindak selalu penerbit dan pengedar bagi single ini.

Disebabkan itu, kontrak bersama Universal Music dilanjutkan sepanjang tahun ini.

“Dalam kontrak bersama Universal Music cuma dua tahun dan kami perlu ada satu album. Konsep yang diketengahkan adalah lagu berentak elektronik moden. Jadi, Menang antara lagu yang patut ada dalam album ini. 

“Macam dikatakan tadi, disebabkan Mell hamil dan bersalin, ia tidak dapat dibuat. Kami sempat lancarkan satu lagu saja iaitu Magik. Selepas berbincang semula dengan pihak syarikat rakaman, kami akan melancarkan satu persatu single.

“Kiranya, selepas Menang ada tiga lagu lagi. Kami juga dalam perancangan untuk merakamkan lagu baru yang mana muzik kembali seperti lagu Palaroid,”

– Haniff
SAKURA BAND 2020

Haniff berharap lagu Menang akan mengembalikan zaman kegemilangan Sakura Band dan terus mewarnai industri muzik tempatan.

“Semoga lagu ini dapat diterima baik sama seperti single terdahulu. Walaupun muzik tukar sikit, tapi dari segi lirik dan komposisi muzik ia masih Sakura Band.

“Apa yang pasti, Menang sebuah lagu yang boleh layan. Dan ia cukup istimewa buat seluruh peminat kami,”

– Haniff

Menang bakal dilancarkan di semua pelantar muzik digital dan boleh distrim di Spotify, Joox, KKBOX, YouTube dan Apple Music bermula jam 12 tengah malam ini.

SAKURA BAND 2020
SAKURA BAND 2020
SAKURA BAND 2020

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Bollywood Arjun Rampal Suka Video Zulin Aziz

Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia, Ini Tazkirah Terakhir di Facebook Yang Menyentuh Hati