in ,

Sajian Hebat Seisi Keluarga Sepanjang Musim Cuti Sekolah Bersama Astro

Cuti sekolah lebih hebat bersama Astro Ceria, Xiao Tai Yang, Vaanavil, Cartoon Network dan Nickelodeon dengan lebih 10,000 episod program terhebat sedia untuk distrim di Astro GO dan on demand!

Cuti sekolah bakal menemui anak-anak anda, dan Astro bersedia untuk menceriakan mereka setiap hari! Mulai 17 Disember 2020 hingga 19 Januari 2021, Astro dengan berbesar hati membawakan pelbagai program menghiburkan dari pelbagai variasi genre termasuklah animasi, komedi, fantasi danedutainment, selari dengan citarasa seisi keluarga, terutamanya segmen kanak-kanak dan awal remaja di saluran Astro Ceria, Xiao Tai Yang, Vaanavil, Cartoon Network dan Nickelodeon.

Juga nikmati kandungan eksklusif dari ahli keluarga baharu Pek Kanak-Kanak, Boomerang (saluran 619) and Nick Jr. (saluran 617) yang baharu sahaja dilancarkan di Astro! Saluran Boomerang membawakan program-program pebagai generasi seperti Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby-doo! Guess Who?, The Tom & Jerry Show, The Looney Tunes Show dan Barbie Dreamhouse Adventures. Saluran Nick Jr. pula menyediakan program Paw Patrol, Dora the Explorer, Top Wings, Shimmer and Shine dan Blue’s Clues & You, khas untuk anak-anak anda.

Selain itu, terdapat lebih 10,000 episod program hiburan dan edutainment kegemaran anak-anak yang kini boleh distrim di on demand dan Astro GO termasuklah We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Beyblade, Upin & Ipin, Ejen Ali, Adventure Time, The Amazing World of Gumball, Ben 10, Peppa Pig, Lego Friends, Teenage Mutant Ninja Turtles, Bandanamu Kids Songs, Molang, Oddbods, Thomas & Friends, SMK, Omar & Hana, Didi and Friends, The Five Elves, Happy Little Submarines, Motu Patlu, Bahubali, dan banyak lagi!

Ketua Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong berkata, “Tidak dinafikan, tahun ini jauh berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya di mana Astro selalunya menganjurkan pelbagai acara lapangan akhir tahun khusus untuk anak-anak dan ibu bapa bagi mengisi masa lapang ketika musim cuti persekolahan. Namun begitu, di saat dunia dilanda pandemik COVID-19 ini, kami di Astro memahami isi hati ibu bapa yang dilihat khuatir akan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kadar jangkitan di kawasan masing-masing. Justeru, selaku pelopor saluran hiburan kanak-kanak tanah air, kami mengambil inisiatif ini untuk menyusun rapi seleksi konten yang hebat bagi santapan seisi keluarga di sepajang musim cuti sekolah in. Ia juga sejajar dengan saranan pihak berkuasa untuk rakyat Malaysia terus berada di rumah dan kekal selamat. Semoga terhibur dengan program-program kami di televisyen, aplikasi Astro GO dan on demand!”

Astro Ceria (saluran 611 HD dan 631 SD), saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia menyediakan pelbagai kandungan terbaik seperti program edutainment baharu, Geng Gajet, yang menampilkan bakat-bakat muda seperti Lion Chong dan Alif Idham.

Program ini bakal bersiaran pada setiap Sabtu, mulai 19 Disember, jam 9 malam! Selain itu, berhibur bersamaUltraman Galaxy Fight: New Generation Chronicles, ‘melancong’ ke Jepun bersama Tsurupika Hagemaru dan Doraemon, kemudian ke Korea bersama The Tayo Movie: Mission Ace, dan nikmati siri animasi tempatan seperti Didi & FriendsRobozeta dan SMK Animasi.

Sambut tahun baru bersama seisi keluarga dengan filem How To Train Your Dragon 2, eksklusif di Astro Ceria pada 1 Januari, jam 9 malam.

Astro Xiao Tai Yang (saluran 304 HD dan 344 SD) pula membawakan pelbagai seleksi program seperti The Five Elves: A New World, Happy Little Submarines: Rainbow Treasure, Adventure of Octopus, dan Magic Box of Time, Gogobus musim ke-2, Happy Friends: Hero Returns, Super Wings musim ke-4 dan Diary of Amos Lee! Pada hujung minggu pula, saksikan Storytelling, Whee Wheels, Lucky Comes with Lion, Katuri musim ke-3, GG Bond: Racing, My Little Monkey King, Make Toys with Carton, dan MOMO Paradise musim ke-12

Berhibur bersama Astro Vaanavil (saluran 201) dengan program Motu Patlu dan Baahubali the Lost Legends mulai 18 Disember, masing-masing pada jam 6 petang dan 6.30 petang. Mulai 3 Januari, setiap Sabtu dan Ahad pula, nikmati Kalari Kids pada jam 9.30 pagi dan Chota Bheem: Kungfu Dhamaka pada jam 10.40 pagi!

Setiap program di atas juga boleh distrim secara percuma di aplikasi Astro GO dan on demand.

Saluran Cartoon Network (615 HD dan 635 SD) pula menyediakan We Bare Bears (jam 4 petang) dan The Amazing World of Gumball (9 malam) pada setiap Isnin hingga Jumaat. Juga saksikan program animasi popular Adventure Time, setiap hari, jam 10 malam! Bagi peminat saluran Nickelodeon (616 HD dan 636 SD), jom saksikan SpongeBob SquarePants setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang dan tonton Avatar: The Last Airbender pula pada jam 4 petang!

Untuk hiburan hujung minggu pula, saksikan Lego Friends setiap Sabtu dan Ahad, jam 12.30 tengahari.

Istimewa untuk peminat Beyblade, jangan lepaskan peluang menyaksikan program Beyblade Burst Turbo, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi di saluran Disney XD (612 HD) sebelum penutupan saluran ini pada 31 Disember 2020.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fariz Jabba Suntik Nafas Baru untuk Lagu Klasik Melayu PANDANG KASIH dalam DARI SINI

Terbuai Rasanya Bila Dengar NAFAS CINTA Lagu Baru Aina Abdul Duet Bersama Khai Bahar