in , ,

Luahan Didiskriminasi, Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina?

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan usahawan kosmetik, Sajat Kamaruzzaman yang menangis teresak-esak dengan tangan bergari. Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen tentang perkara sebenar yang berlaku.

Pada minggu lalu, kecoh dan viral di media sosial tentang satu video yang memaparkan usahawan kosmetik iaitu Nur Sajat yang kelihatan sedang menangis teresak-esak dan tangannya pula digari. Jadi, ramai yang tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi dengan Sajat ni. Sajat sebelum ini menafikan dirinya ditahan oleh JAIS di bawah Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Pada masa tu, ramai media yang menghubungi Sajat akan tetapi, Sajat mahupun mana-mana pihak yang terlibat tidak memberi sebarang penjelasan. Video itu telah menimbulkan spekulasi di kalangan netizen, ditambah lagi, selepas akaun Instagram Sajat telah dideactivate dan hilang tiba-tiba di media sosial selepas terlalu ramai yang bertanya berkenaan perkara itu. 

Setelah macam-macam spekulasi timbul, Sajat akhirnya mengaktifkan semula akaun Instagramnya dan memuat naik satu video panjang berdurasi 38 minit yang menceritakan apa yang berlaku terhadap dirinya pada 6 Januari lalu.

Menurut Sajat, semuanya bermula daripada kes terdahulu yang melibatkan dirinya dengan JAIS pada 23 Februari 2018 di mana Sajat telah mengadakan satu majlis bacaan doa selamat dan Yassin bersama-sama dengan anak-anak tahfiz di wismanya dekat Seksyen 16, Shah Alam. 

Majlis yang diadakannya itu kalau korang masih ingatlah, telah mendapat kecaman daripada netizen dan ada pihak yang telah melaporkan majlis itu kepada pihak JAIS kerana kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Sajat di mana dalam majlis itu, Sajat dan rakan-rakannya memakai pakaian wanita.

Penjelasan dari Sajat ini telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang bersetuju dengan apa yang berlaku ke atas dirinya tak kurang juga ada yang menyokong Sajat.

Caprice yang sering mengulas tentang berita terkini yang berlaku di negara kita juga tak terlepas dari bercakap tentang isu Sajat ini.

“Kena soal dan gari di dunia is nothing compared to disoal dan gari di akhirat”

– Caprice

Menerusi Instagram peribadinya, Caprice memulakan ulasannya dengan mengatakan nasihatnya ini bukan sahaja untuk Nur Sajat tapi juga untuk semua rakyat Malaysia dan dirinya juga.

Tak semestinya kita buat benda baik, bersedekah ke, spend time dengan tahfiz ke, tak semestinya boleh tutup benda jahat yang kita buat.”

– Caprice

Kata Caprice, ada antara kita yang beruntung kerana benda-benda jahat yang kita buat tak boleh dilihat oleh pihak berkuasa mahu pun orang luar namun tambahnya lagi, walaupun kita tak disoal di sini tapi kita pasti akan disoal di akhirat.

Tak cukup dengan itu, Caprice juga berkata selama ini, Sajat sering memprovok sejak dari isu memakai tudung semasa mengerjakan umrah dan memuat naik semua perkara yang dia lakukan dengan memberikan contoh seperti orang merompak bank dan bagitahu orang di media sosial.

Katanya, bila Sajat buat macam tu, lambat laun pasti akan kena tangkap tambah lagi kita sebagai orang Islam dan Malaysia juga ada undang-undang syariah.

Kena soal dan gari di dunia is nothing compared to kena soal dan kena gari di akhirat. Bertaubatlah.”

– Caprice

Sajat kemudian diminta hadir pada 6 Januari 2021 untuk memberi keterangan berhubung perkara tersebut di pejabat JAIS yang kemudian membawa kepada satu ‘tragedi’.

Berbalik kepada kisah Sajat…

Selepas mengambil keputusan untuk berdiam diri mengenai video yang tular di media sosial, akhirnya Sajat tampil membuat pendedahan sebenar. Menerusi IGTV yang dimuat naik di akaun Nursajat23, dia menceritakan kisah sebenar dirinya yang digari oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ditahan di pusat tahanan sementara, Kuala Kubu Bharu minggu lalu.

Menurut video itu, usahawan berusia 36 tahun itu mendakwa dirinya ditahan kerana berpakaian seperti wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat yang terletak di Shah Alam pada 2018.

Tampil mendedahkan perkara sebenar, Sajat mendakwa dia telah diperlakukan sedemikian rupa oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan turut ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru. Sajat turut meluahkan rasa kesal kerana merasakan dia telah dilayan dengan tidak wajar meskipun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

“Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu bahru.

“Sepatutnya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh Mahkamah Syariah. Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga,”

– Sajat

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) telah mengesahkan Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Mengikut undang-undang, seksyen tersebut adalah kerana menghina atau menyebabkan dipandang hina, dan lain-lain agama Islam.

Mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain:-

(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;

(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Video Sajat dipanggil untuk sesi soal siasat dan penahanannya di pejabat JAIS juga turut dirakam dan disiarkan di akaun Instagram Sajat.

Sajat menerusi video tersebut ada mempersoalkan kenapa dia ditahan kerana menganjurkan majlis doa selamat.

Namun, seorang lelaki dipercayai pegawai JAIS yang dirakam dalam video tersebut memberitahu Sajat tidak ditahan kerana majlis tersebut. Sebaliknya, terdapat elemen pemakaian di dalam majlis itu yang disyaki salah dan membawa kepada penahanannya.

Menerusi video berdurasi lebih 30 minit yang dimuat naik Sajat, dia turut menyelitkan gambar ketika majlis doa selamat itu diadakan. Di dalam gambar itu, secara jelas, Sajat mengenakan pakaian baju kurung dan bertudung.

Sajat ketika hadir di pejabat JAIS juga didapati memakai baju kurung tanpa tudung dengan ditemani ibu, bapa serta peguamnya. Sajat turut meraung dan menangis serta menunjukkan tangannya yang luka selepas didakwa digari secara paksa oleh pegawai JAIS.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang setuju dengan tindakan penahanan JAIS terhadap Sajat apatah lagi isu jantinanya sering menjadi persoalan sebelum ini. Ramai netizen mempersoalkan, adakah Sajat ni asalnya lelaki, atau dia khunsa. Rata-rata mengatakan Sajat ni asalnya memang lelaki.q

Namun, terdapat juga beberapa individu yang cuba mempertahankan Sajat dan menganggap tindakan yang diambil itu keterlaluan antaranya ialah peguam, Siti Kasim.

Dalam pada itu, Sajat turut mendakwa pihak JAIS seolah-olah telah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri.

Namun, apa yang mengejutkan netizen apabila Sajat membuat luahan di Insta Story didiskriminasi sesetengah pihak hanya kerana penampilannya sebagai wanita.

Sajat juga mempersoalkan mengenai hukum agama adakah hanya berpandukan cara seseorang berpakaian sahaja?

Sementara itu, Sajat turut dilihat berkongsi pandangan netizen yang juga tidak bersetuju dengan layanan yang diberikan oleh pihak JAIS kerana Sajat hadir dengan cara baik dan memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

Ini antara yang dikongsikan oleh Sajat…

Luahan Didiskriminasi, Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina?
Luahan Didiskriminasi, Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina?

Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat bahawa layanan kurang baik yang diberikan JAIS adalah tidak patut kerana Sajat hadir dengan cara baik dan memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

Video tersebut mendapat pelbagai jenis komen daripada netizen yang mana ada yang bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan ada juga merasakan tindakan Sajat agak keterlaluan semasa disoal siasat JAIS.

Namun, lebih mengejutkan apabila Sajat menulis mengenai dirinya yang mendakwa sudah membuat pembedahan jantina seperti dikecohkan oleh netizen sebelum ini.

Atau mungkin penulisan di Instastory itu sekadar monolog dalaman tentang persepsi orang ramai terhadap dirinya?

Apa-apapun Budiey harap pihak JAIS dapatlah memberi penjelasan atas apa yang didedahkan Sajat ni. Barulah kita dengar kisah daripada dua belah pihak.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Moga ada jalan penyelesaian terbaik buat dirinya dan pihak bertanggungjawab. Ingat, pintu Allah sentiasa terbuka untuk bertaubat.

Luahan Didiskriminasi, Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina?
Luahan Didiskriminasi, Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina?
Luahan Didiskriminasi, Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina?
Luahan Didiskriminasi, Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina?
Luahan Didiskriminasi, Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina?

JAIS Sahkan Sajat Disiasat

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) telah mengesahkan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS dalam kenyataannya berkata, siasatan tersebut dibuat berikutan tindakan Muhammad Sajjad,36, di dalam negeri Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai pelakuannya pada 2018 dan 2020.

Katanya, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan Muhammad Sajjad berkaitan insiden melibatkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.

“Muhammad Sajjad telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut.

“Pegawai penguat kuasa berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan keterangan mengenai laporan dibuat (itu),” katanya.

– JAIS

Sebelum ini media melaporkan Muhammad Sajjad mendakwa ditahan pada 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu.

Dia mendakwa telah dilayan tidak wajar seperti digari walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.

What do you think?

45 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Album E.P. EXACXLI Percaturan Pertama Abubakarxli Bersama Def Jam

Patenkan Jenama Harimau Menangis, Netizen Marah, Ibu Neelofa Mohon Maaf & Ini Penjelasannya