in , ,

Sajat Buka Mulut Isu Bertelekung di Mekah, Rupanya Dia Dipaksa Pakai

Dua tahun lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berpenampilan seperti jemaah wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Terbaru, menerusi siaran langsung di TikTok, Sajat menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai kes memakai telekung dan berpenampilan seperti wanita ketika menunaikan Umrah.

Menjawab soalan yang diajukan oleh seorang netizen, Sajat berkata dia memakai telekung dan bertudung ketika berada di Mekah kerana dipaksa untuk berbuat demikian atas arahan pihak imigresen di sana.

Sajat Buat Umrah Di Mekah

“Tak, kat Mekah tu memang saya kena pakai macam tu. Memang, lillahi ta’ala, sumpah. Memang saya sampai di imigresen, mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai hijab (telekung),” katanya.

Menurut Sajat lagi, dia menegaskan apa yang diberitahunya itu bukan satu penipuan serta berani bersumpah di atas nama ibu dan bapanya.

“Lillahi ta’ala, sumpah, lillahi ta’ala, kalau saya menipu, matilah mak bapak saya,” katanya.

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan pihak imigresen meminta usahawan itu berbuat demikian kerana susuh tubuhnya boleh mengganggu jemaah lelaki.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Romas | 16

Tony Roma’s Lancar Menu Akhir Tahun Direka Khas Oleh Dato’ Fazley Yaakob

Syamel

Syamel Lancar Single BAHAGIA MILIK KITA, Single Romantis Buat Hari Bahagia