in , ,

Saharul Ridzwan Tak Cepat Melatah Diperlekeh Jual Pisang, Didakwa Tiada Tawaran Berlakon

Tidak hanya bergantung pendapatan sebagai anak seni semata-mata, boleh dikatakan ramai selebriti kini bijak mengambil peluang untuk menjana wang tambahan dengan menceburi bidang perniagaan.

Malah, ramai selebriti tidak kisah untuk berniaga di gerai atau tepi jalan asalkan mempersoleh rezeki yang halal. Namun, ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha golongan selebriti yang berniaga.

Tidak dinafiikan selebriti masa kini dilihat semakin bijak mengambil peluang untuk mempelbagai mata pencarian mereka khususnya dengan menceburi bidang perniagaan. Namun yang kurang menariknya apabila wujud persepsi negatiif terhadap golongan selebriti yang berniaga seperti yang dilalui pelakon Saharul Ridzwan.

Pelakon Saharul Ridzwan mengakui berasa agak kecewa kerana masih ada individu yang berfikiran cetek apabila tampil memperlekehkan usahanya mencari rezeki lebih apabila dia kini mula menceburi perusahaan menjual pisang.

Saharul Ridzwan Tak Cepat Melatah Diperlekeh Jual Pisang, Didakwa Tiada Tawaran Berlakon

Dia dilihat telah memuat naik tangkap layar sebuah mesej yang diterimanya menerusi Instagram dan dalam kiriman tersebut, individu tersebut berkata bahawa perniagaan menjual pisang itu merupakan sesuatu yang memalukan memandangkan statusnya sebagai seorang artis.

Malah, netizen tersebut turut bertanyakan soalan biadap adakah pelakon itu sudah tidak menerima tawaran berlakon sehingga terpaksa menjual pisang.

Hanya menjawab kritikan dengan tenang dan bersahaja, Saharul berkata bahawa perniagaan menjual pisang bukanlah sesuatu perkara yang memalukan. Malah, dia tidak kisah melakukan apa jua pekerjaan asalkan ianya rezeki yang halal.

Saharul Ridzwan Tak Cepat Melatah Diperlekeh Jual Pisang, Didakwa Tiada Tawaran Berlakon

Tidak mudah melatah dengan mesej negatif daripada netizen itu, Saharul turut mempersoalkan sudah masuk tahun 2021 namun masih ada lagi pemikiran negatif seperti itu.

“Lagi berapa jam je nak masuk 2021. Apa masih ada ke pemikiran macam ni? Tak apalah. Asal barang jadi rezeki, rezeki yang halal. Kita usaha ke arah tu,”

Diruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan Saharul agar tidak ambil peduli dengan komen negatif individu tersebut dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam dunia perniagaan.

Sebelum ini, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu ada berkongsikan mengenai projek terbarunya kini iaitu perusahaan menjual pisang berangan. Saharul juga dilaporkan telah berjaya menjual hampir 200 Kg pisang hanya dalam masa 40 minit ketika jualan promosi, baru-baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura & Fattah Amin Dedah Wajah Anak Kali Pertama di Awal Tahun Baru 2021

[Gambar] Ayda Jebat Sah Jadi Isteri Kepada Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz