in , ,

Sah! Nabila Razali Kini Jadi isteri Nik Iruwan Dengan Sekali Lafaz

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada bekas pemandu litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani kira-kira pukul 10.11 pagi tadi.

Tiada lagi teka-teki dan dengan sekali lafaz penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 31, sah bergelar isteri kepada bekas pemandu litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, 38, kira-kira pukul 10.11 pagi tadi.

Majlis yang berlangsung secara tertutup di The Chateau, Bukit Tinggi itu menyaksikan Nabila atau Nur Nabila Mohd. Razali menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 sen manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sah! Nabila Razali Kini Jadi isteri Nik Iruwan Dengan Sekali Lafaz

Dengan bertemakan English Garden, Nik Iruwan, 38,  kelihatan kacak mengenakan busana lengkap berwarna putih manakala Nabila anggun bak bidadari juga menggayakan rona sama.

Sementara itu, majlis resepsi pula berlangsung tengah hari ini di lokasi sama.

Dianggarkan sekitar 250 tetamu hadir termasuk Ara Johari, Wany Hasrita, Khai Bahar, Hael Husaini, Sissy Iman dan Amira Othman.

Sebelum ini, penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan sudah menerima lamaran lelaki pilihan hati iaitu Nik Iruwan yang  juga merupakan seorang usahawan.

Sah! Nabila Razali Kini Jadi isteri Nik Iruwan Dengan Sekali Lafaz

Pengumuman tersebut dikongsikan menerusi laman Instagramnya bersama gambar bekas pemandu litar Formula itu melutut di hadapannya berlatarkan lagu New Chapter.

Dalam gambar tersebut mereka saling berpandangan sambil tersenyum dengan tangan masing-masing saling berpegangan dengan kapsyen bertulis: “I said yes.”

Foto berkenaan dikatakan dirakam seminggu sebelum mereka mengikat tali pertunangan Ogos lalu.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi lagu  Peluang Kedua itu mengikat pertunangan pada 25 Ogos lalu dalam majlis tertutup di kediamannya di Selayang.

Nabila dan Nik Iruwan, masing-masing tidak mengesahkan perkara tersebut biarpun persiapan perkahwinan termasuk busana pengantin dan layah yang bersulam huruf pangkal namanya sudah disiapkan seorang pereka fesyen terkenal. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Amelia Seorang Wanita Yang Sangat Cantik, Bijak & Pintar,” – Aedy Ashraf

AINA ABDUL

Aina Abdul Berhabis Lebih Setengah Juta Untuk Mikrofon & Busana