in ,

Safura, Rusdi Ramli, Leez dalam Demi Kasih

KISAH REALITI ISU MASYARAKAT SETEMPAT MENERUSI DUA TELEMOVIE MENARIK MENGISI SLOT MUSTIKA DI TV2

Ketika ini masyarakat kita galak disajikan dengan pelbagai isu anak yang lupa daratan terhadap keluarga. Tak kurang juga isu perbalahan dua pihak daripada berkongsi kasih seorang lelaki. Atas rasa amarah yang tidak terkawal lalu terjadilah pelbagai situasi dan insiden yang tidak pernah terduga yang kemudiannya menjadi muka depan akhbar-akhbar tempatan.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) peka dengan isu yang berlaku ini cuba mengajak penonton setia salurannya mengambil ikhtibar menerusi dua drama menarik, Demi Kasih pada 25 Januari 2011 dan diikuti Madu Cinta pada keesokkan harinya, 26 Januari 2011 yang kedua-duanya disiarkan jam 1.30 petang di TV2 mengisi slot Mustika yang pada masa sama mengangkat isu ini.

BABAK DALAM DEMI KASIH

Demi Kasih lakonan Safura, Rusdi Ramli, Leez, Nasir Bilal Khan dan Enor berkongsi kisah kematian ayahnya yang sekaligus membuatkan watak Maizurah terpaksa menggalas tanggung jawab sebagai ibu dan ayah bagi menjaga dua orang adiknya, Fendi dan Nora.

Walaupun terpaksa mengorbankan masa remajanya, Mai sedikitpun tak kesah dan dia tidak pernah merasa terbeban, jauh sekali cuba untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Demi untuk membesarkan adik-adiknya, Mai sanggup melakukan apa juga kerja. Yang penting dia mendapat upah dan boleh memenuhi keperluan adik-adiknya.

Mai mengenepikan semua kepentingan dirinya demi adik-adik. Dia sanggup menolak pinangan ramai lelaki demi untuk terus berbakti pada adik-adiknya. Mai takut, kalau dia berkahwin adik-adik akan terabai. Lantaran itu dia merelakan dirinya menjadi andartu demi kepentingan adik-adik.

Namun pengorbanannya terhadap Nora dibalas dengan sikap angkuh dann sombong. Bagi Nora kakaknya tidak ubah seperti pembantu rumahnya sahaja. Namun Mai tetap berkeras untuk ‘mengabdikan’ dirinya pada Nora. Fendi sudah tidak tahan lagi melihat Mai diperlakukan seperti orang gaji. Mereka merancang sesuatu demi untuk membawa Mai keluar dari rumah Nora.

RUDSI RAMLI DALAM DEMI KASIH

Menyusul keesokkan harinya drama menarik bertajuk Madu Cinta lakonan Yatt, Sheera Iskandar, Iqram Dinzly, Sarimah Mahran dan Aznah Hamid yang mengisahkan konflik jiwa Mastura yang cemburukan kawan karibnya, Atikah lantaran sejak kecil lagi Atikah sering menjadi pujian rakan sebaya serta cikgu kerana sikap Atikah yang berbudi bahasa dan pandai mengaji serta bijak dalam persekolahan.

Sementelahan pula jika hendak dibandingkan, Mastura lebih cantik daripada Atikah.

Rasa cemburu tersebut menular sehinggalah masing-masing memasuki alam pekerjaan. Mastura dan Atikah masing-masing berjaya ke pusat pengajian tinggi, malangnya selepas tamat belajar, nasib Atikah lebih baik kerana dia berjaya memohon pekerjaan sebagai juruaudit, manakala Mastura terpaksa menjadi ekskutif jualan untuk menampung kehidupan. Mereka juga tinggal serumah.

Kemuncak rasa cemburu Mastura apabila Atikah bertunang dengan Hisham, sedangkan dia pula terpaksa berdepan dengan konflik percintaan apabila kekasihnya, Azman bermain kayu tiga. Mastura sebenarnya menyintai Hisham, bagaimanapun Hisham memilih Atikah sebagai pasangan hidup.

Satu hari, Atikah terpaksa ke Johor Baharu untuk mengaudit anak syarikat kumpulan syarikatnya. Dalam waktu yang sama, Mastura pula demam dan terbatuk-batuk. Atikah risaukan keselamatan Mastura dan meminta Hisham menjengah dam menghantar makanan untuk Mastura.

Mastura mengambil kesempatan ini untuk merealisasikan hasratnya untuk memiliki Hisham dengan meletakkan pil tidur dalam minuman Hisham dan akhirnya membawa Hisham ke bilik tidurnya.

Insiden yang berlaku menyebabkan Hisham tertekan. Atikah perasaan perubahan sikap Hisham, bagaimanapun dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah Mastura memberitahu dia telah mengandung dua bulan hasil hubungannya dengan Hashim. Hisham mengaku dia tidur di bilik Mastura dan dia sendiri hairan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

SAFURA DALAM DEMI KASIH

Demi menjaga maruah mereka berdua, Atikah mendesak Hisham kahwin dengan Mastura, sementelahan pula ujian air kencing mengesahkan Mastura memang positif hamil. Mastura sebenarnya mengambil urin kawan sepejabatnya, Shima yang ketika itu sedang mengandung dua bulan.

Malangnya perkahwinan Hisham dan Mastura tidak menjanjikan kebahagiaan. Hidup Mastura makin tertekan apabila Hisham langsung tidak menyentuhinya, malah saban malam Hisham tidur di ruang tamu.

Mastura yang marah dengan sikap Hisham, nekad untuk menggunakan khidmat bomoh tetapi dinasihati oleh Shima kerana perbuatan tersebut adalah syirik. Ketika bertelagah, Shima terlanggar bucu meja dan akhirnya keguguran. Shima mula insaf betapa itu semua adalah balasan dosa terhadapnya kerana bersekongkol dengan Mastura dulu.

Keadaan batuk Mastura makin teruk, sehinggalah satu hari dia batuk berdarah. Hasil diagnosis, Mastura disahkan menghidap barah paru-paru di peringakt kritikal. Mastura mula menyesal dengan sikapnya.

Shima pula akhirnya berjumpa dengan Atikah dan menceritakan segala perancangan Mastura selama ini. Manakala Mastura merayu Atikah berkahwin dengan Hisham bagi menebus segala beban dosa yang tidak tertanggung ekoran memfitnah Hisham. Lalu untuk mengetahui kesudahan dua drama menarik ini, pastikan anda meluangkan masa menontonnya hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Muzikal Lat Kampung Boy

Avon Perkenalkan Pencarian Bakat AVON VOICES