in , ,

Sabarlah Duhai Hati & Kekasih Hati Mr Bodyguard Cipta Fenomena Tersendiri

Dua drama yang menjadi fenomena di bulan Ramadan dan Syawal baru-baru ini melayangkan berita baik iaitu Sabarlah Duhai Hati & Kekasih Hati Mr Bodyguard bakal kembali dengan sekuel tidak lama lagi.

Peminat drama Melayu tidak perlu menunggu lama untuk mengikuti kisah lanjut tentang watak kegemaran mereka! Drama Akasia: Sabarlah Duhai Hati arahan Pali Yahya telah memikat hati penonton apabila berjaya mencapai 3.7 juta penonton setiap episod dan mencatatkan rekod tertinggi iaitu 4.3 juta penonton bagi episod 30. Gandingan serasi antara Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan berjaya membawa penonton untuk sama-sama menghayati watak mereka dalam suka, duka, gelak dan menangis bersama.

Lebih menarik, para penonton juga memuji Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Izzue Islam kerana menjaga batasan dan tiada bersentuhan sepanjang penggambaran ini. Babak-babak romantis yang dibawakan oleh mereka tetap menusuk kalbu penonton setia mereka. 

Akasia_ Sabarlah Duhai Hati

Lakonan mantap pasangan suami isteri iaitu Affan dan Fira sentiasa menjadi bualan di platform media sosial. Kisah kehidupan Fira yang terpaksa menerima hakikat kehilangan ibu dan ayah tersayang akibat kemalangan turut membuatkan penonton menitiskan air mata. Sejak kehilangan orang tersayang, Fira perlu menggalas tanggungjawab menjaga adik bongsunya Danish, berusia enam tahun. Tanpa Fira ketahui, Affan telah lama memendam perasaan terhadapnya. Fira berkawan baik dengan adik Affan bernama Dian.  Di saat Fira terkapai-kapai mencari dahan untuk bergantung, Affan terus melamar Fira. Bermulalah perjalanan cinta agung Affan dan Fira.

Lestary: Kekasih Hati Mr. Bodyguard arahan Nizam Zakaria telah menjadi tular sejak mula ditayangkan. Situasi PKP ini telah membuatkan ramai kempunan untuk menyaksikan kesinambungan lakonan mantap Redza Rosli dan Sharifah Rose. Walaupun watak heroin, Aralyn mendapat kecaman kerana disandang oleh bakat baharu, namun ia tetap menjadi tular dalam media sosial. Malahan, ia juga berjaya mendapat sambutan luar biasa apabila konsisten mencapai 4 juta penonton di setiap episod yang disiarkan. Lebih mengujakan, episod 7 mencatatkan rekod tertinggi iaitu 4.4 juta penonton.

Lestary Kekasih Hati Mr Bodyguard

Drama ini terpaksa dihentikan siarannya pada episod 9 kerana tidak dapat menyelesaikan baki penggambaran ketika PKP. Peminat setia tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui kisah selanjutnya kerana pelbagai kejutan akan diberikan dalam sekuel yang bakal disiarkan tidak lama lagi. Nantikan juga kemunculan selebriti popular tanah air yang akan menyerikan drama ini. 

Kekasih Hati Mr Bodyguard mengisahkan Aralyn menjejaki Hadif, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. 

Nantikan sekuel dari dua drama yang menjadi fenomena 2021 ini dengan plot cerita yang lebih hebat dan mendebarkan! Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan drama-drama popular di TV3, tonton LIVE TV dan Xtra LIVE TV. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Turut dikongsikan bersama adalah maklum balas positif media sosial berikatan dua buah drama yang menjadi fenomena sepanjang Ramadan dan Raya di TV3!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saapu | 23

Masalah Bintik Hitam di Kulit, Kini Dah Dapat Diatasi dengan SAAPU!

Erra Fazira Covid Trending | 24

Buat Video Rutin Harian, Sekali Anak Sendiri Kantoikan Rutin Sebenar Erra Fazira