in , ,

Rupa-Rupa Inilah Kesannya Bila Neelofa Kongsi Gambar OOTD Kali Pertama Berniqab di IG

Pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa nampaknya masih lagi mencuri perhatian netizen dengan penampilan terbarunya.

Pada 19 Oktober lalu, ramai netizen dan warganet telah tertarik dengan gambar ootd atau outfit of the day Neelofa selepas 4 hari beliau mengumumkan memakai Niqab. 

Dua keping gambar yang viral itu adalah gambar penuh Neelofa mengenakan niqab lengkap dengan persalinan labuh dwi rona hitam dan ungu, menampakkan dirinya berdiri dan satu lagi gambar Neelofa yang menunjukkan bahagian matanya. 

Rata-rata netizen memuji kecantikan yang ada pada Neelofa, kata mereka tak seperti wanita yang lain walaupun mereka mengenakan niqab tapi masih ada lagi pakai celak tebal dan melukis kening. 

“New week, new opportunities, new mindsets!,”

– Neelofa

Hantaran tersebut langsung meraih perhatian pengguna media sosial termasuk rakan selebriti yang memuji akan penampilan terkininya itu.

Malah, rata-ratanya turut mendoakan agar Neelofa terus istiqamah dan semoga semua urusannnya dipermudahkan.

NEELOFA

Sebelum ini Datin Seri Umie Aida ada berkongsi kisah pertemuannya dengan Neelofa sebelum berpurdah. Beliau turut mendoakan supaya urusan usahawan muda itu dipermudahkan.

Berkongsi cerita pertemuan dengan Neelofa baru-baru ini, Umie Aida berkata dia sebak sehingga menitiskan air mata mendengar luahan hati Neelofa.

“Ayat yang selalu keluar daripada mulut Me (Umie) setiap kali jumpa Lofa… adalah Allah sayang kamu dik. Sungguh indah perjalanan hidupmu.

“Baru-baru ni Me jumpa Lofa… Me menangis apabila dengar cerita indah daripadanya… sangat indah!

“MasyaAllah… semoga Neelofa sentiasa dalam rahmat-Nya dan lindungan-Nya. Amin,” katanya menerusi Instastory pada Jumaat.

– Umie Aida

Ambil berkat. Gara-gara Neelofa, beberapa selebriti wanita tanah air tidak ketinggalan memuat naik foto dalam media sosial dengan mengenakan purdah.

LOFA

Antara selebriti wanita tersebut ialah Ifa Raziah, Linda Rafar dan Yatt Hamzah.

Mereka memuat naik foto memakai purdah bagi menyambut baik perubahan Neelofa.

Yatt Hamzah yang memuat naik gambar dirinya mengenakan purdah berwarna putih menyatakan dia begitu teruja melihat beberapa sahabatnya yang sudah mengenakan purdah.

yatt-hamzah

“Lihat para sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja. Masya-Allah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

“Mohon doakan bonda bernama Haryati Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang berusaha untuk jadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan ini. Mohon sokongan dan doa semua terutama dari suami,” tulis pelakon yang mula bertudung sekitar tahun 2012.

– Yatt Hamzah

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama, Ifa Raziah juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan mengenakan purdah.

“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT,”

– Ifa Raziah

Tidak cukup dengan itu, bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar turut muat naik sekeping gambar memakai purdah dan berjubah.

Dia juga menjadikan Neelofa sebagai inspirasi kepada dirinya untuk terus menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.

“Linda masih terkejut dengan hidayah yang Allah berikan kepada Neelofa. Dalam masyarakat sibuk mengejar duniawi, dia terus istiqamah ke jalan Allah dan menjadi contoh yang baik kepada semua.

“Saya sayangkan awak Neelofa. Doakan Linda juga kekal beriman dan terus fokus ke jalan yang diredhai Allah SWT,”

– Linda Rafar

Untuk rekod, sebelum Neelofa, selebriti lain seperti Fynn Jamal, Ardell Aryana, Natasha Hudson antara selebriti tanah air yang telah mengenakan purdah.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, Natasha Hudson dilihat tidak lagi mengenakan purdah kerana dikatakan telah mendapat izin suami untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan Ardell Aryana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Desak Shaheizy Sam Buang Gambar Bersama Isteri, Ini Sebabnya Keterlaluan

KAMAL ADLI

Akhirnya Rahsia Besar Kamal Adli & Uqasha Senrose DIkantoikan Michael Ang