in ,

Betul Ke Rumahtangga Rossa Retak Menanti Belah?

Kesian Rossa, rumahtangganya sedang berantakan. Khabarnya… retak menanti belah. Semua angkara suaminya Yoyo yang curang dan dikatakan tidak setia dengan Rossa.

Namun, ketika di Majlis Pelancaran Mandalay, jenama kedua Rafflesia di Carcosa Sri Negara lalu, Rossa kelihatan tenang menjawab soalan daripada media tentang isu panas rumahtangganya. Jauh di sudut hati, Rossa masih ingin bersama suaminya. Dalam jiwa Rossa mungkin ada sedikit gundah dan kalut akibat kecurangan sang suami. Kasih sayangnya tetap ada buat Yoyo yang juga anggota kumpulan Padi itu.

Sempat Bergambar Bersama Rossa Di Depan Globe #Universalstudios #Singapore
Budiey bersama Rossa di Singapura

Kemaafan adalah dendam yang terindah buat Rossa rungkaikan. Demi famili yang Rossa kasihi, dia tidak mahu suaminya meninggalkannya dan dia sendiri tidak mehu melepaskan Yoyo pergi.

Semoga hari-hari mendatang akan memberi sinar bahagia buat Rossa. Buang yang keruh ambil yang jernih… sedangkan lidah lagi kan tergigit inikan pula… (mmm… sambunglah sendiri ya…ngak ngerti gue ngapain wanita secantik Rossa ditinggalkan!)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Leila Alcasid | 22

Movie Carnical 2007 Kembali Lagi

Gambar Hiasan

Showcase & Pelancaran Album Terbaru Peterpan HARI YANG CERAH