in , ,

Rumah Tangga Bermasalah, Siti Saleha Tuntut Cerai

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Siti Saleha berhadapan masalah apabila pelakon itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi bagi sebutan kes penceraiannya.

Memetik portal mStar Online, prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Rumah Tangga Bermasalah, Siti Saleha Tuntut Cerai

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha itu agak mengejutkan apatah lagi pelakon itu sendiri tidak pernah berkongsikan hal peribadinya secara terbuka di media sosial.

Malah, hasil tinjauan mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsikan gambar mesra bersama suami adalah pada Mac lalu ketika menyambut hari kelahiran suaminya itu.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017. Pasangan itu masih belum mempunyai dikurniakan cahaya mata.

Sumber: mStar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noraniza Idris | 21

Noraniza Idris Aktifkan Semula Penerbitan Lagu-Lagu Irama Malaysia Bermula 2022

Azwan Ali | 22

“Mustahil Bintang Segah Erra Fazira Main Rembat Je” – Diva AA