in ,

RUFFEDGE Hidangkan Konsert Sempena Ulangtahun Ke-20

Setelah meniti pelbagai kejayaan sepanjang 20 tahun dalam memperjuangkan rentak muzik tersendiri, Ruffedge kini bersedia tampil dengan sebuah konsert untuk para penggemar kumpulan itu serta secara amnya untuk semua pencinta muzik tanah air.

Bertempat di KL LIVE, Kuala Lumpur, konsert yang digelar “RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT” akan dipersembahkan tepat pada jam 9 malam pada 4 Ogos 2018.

Ruffedge

Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula bergerak aktif pada 1998 sebelum berehat sekitar tahun 2008 untuk menjalani arah seni masing-masing. Setelah 11 tahun menyepi, 2018 merupakan tahun kembalinya Ruffedge dengan barisan anggota iaitu Cat Farish, Sein, Azan, Mode dan Zain.

Menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, pastinya repertoire mereka seperti Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Lemas, Tiada Lagi Cinta, Da’ Bomb serta puluhan lagu lagi akan dihidangkan sepanjang konsert yang berdurasi hampir 2 jam itu nanti. Segalanya bakal direalisasikan pada 4 Ogos 2018 jam 9 lama di Kl Live pastinya bakal mengubat kerinduan peminat mereka malam itu!

Tiket-tiket konsert akan mula dijual pada Jumaat, 4 Mei 2018 melalui www.ticketpro.com.my dengan harga yang tertera :

Diskaun menarik menanti untuk pembelian ‘early bird‘ dan untuk informasi lanjut mengenai tiket, pembeli boleh menghubungi www.ticketpro.com.my atau hotline 03 7880 7999.

RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT

“RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT” dianjurkan dan diterbitkan oleh MRS Production dan KLP Creative Sdn Bhd. Dua entiti ini menyifatkan pemilihan kumpulan itu adalah tepat pada masanya memandangkan usia matang yang mencecah 20 tahun serta yakin mampu mengubat rindu peminat Ruffedge khususnya setelah menyepikan diri untuk beberapa ketika.

VIP + Meet & Greet (Terhad)
RM 233

VIP Zone
RM 193

Party Zone + Meet & Greet (Terhad)
RM 183

Party Zone
RM 143

Regular Zone
RM 125

Selain itu, bagi mengubati rindu peminat, Ruffedge turut merakamkan lagu terbaharu mereka yang diberi tajuk ‘Seperti Mereka’. Lagu dan lirik hasil karya Azan Addin ini juga bakal dipersembahkan pada malam tersebut selain akan menjalani siri promosi bersama media kelak. Lagu terbaru ini juga diedarkan oleh pihak Seventeen Eleven Sdn. Bhd.

4 Ogos 2018

9.00 malam / KL LIVE

RM 233, RM 193, RM 183, RM 143, RM 125

www.ticketpro.com.my atau hotline 03 7880 7999.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lapan Pengalaman Extravaganza Budiey di Marina Bay Sands

PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL