in , ,

Ruffedge Lancar Kelab Sahabat Selepas 20 Tahun

Selepas meraikan 20 tahun dalam industri dan menghadiahkan peminat dengan konsert sulung mereka, Ruffedge: 20th Anniversary Concert di KL Live pada 4 Ogos tahun lalu, kini Ruffedge mahu menyatukan peminatnya di bawah satu bumbung.

Pernah mempunyai kelompok peminat setia yang digelar Ruffluv, kemunculan semula Ruffedge selepas sedekad menyepi, tahun lalu turut menyatukan penggemar pelbagai generasi.

Ruffedge pernah popular menerusi lagu Tipah Tertipu dan Marilah Bergoyang, banyak perkara telah dilalui mereka sepanjang 10 tahun penglibatan dalam industri muzik tempatan.

Majlis pelancaran Kelab Sahabat Ruffedge telah berlangsung di Avenue K, Kuala Lumpur pada 24 Mac 2019, hari Ahad.

Menerusi Kelab Sahabat Ruffedge yang dilancarkan hari Ahad lalu, cetusan idea lapan peminat setia kumpulan yang dianggotai Cat Farish, Amir, Azan, Zain, Sein dan Mode itu membuktikan mereka masih relevan.

Bersatu hati untuk meraikan semula ‘muzik Ruffedge’ yang pernah digilai peminat dahulu, kumpulan penyanyi yang popular dengan lagu Da Bomb ini mempunyai strategi tersendiri untuk menarik peminat muda masa kini.

Ruffedge Lancar Kelab Sahabat Selepas 20 Tahun

Kelab Sahabat Ruffedge Bawa Peminat Dekati Kerja Amal

Anggota kumpulan itu, Azan, 44, berkata, mereka bersyukur kerana masih mendapat sokongan peminat lama dan baru walaupun kemunculan ramai bakat baru yang mewarnai industri muzik tanah air ketika ini.

“Semua ini dilakukan atas inisiatif peminat lama dan baharu. Kami tidak menyangka selepas 20 tahun Ruffedge ditubuhkan, sokongan mereka masih utuh hingga mencetuskan idea menyatukan semua peminat menerusi Kelab Sahabat Ruffedge.

“Kami berharap usaha ini menjadi platform untuk kami dan peminat berinteraksi dengan lebih berkesan, selain merapatkan lagi silaturahim sesama ahli,”

– Azan
Ruffedge Lancar Kelab Sahabat Selepas 20 Tahun

Katanya lagi, tiada sebab untuk mereka menolak usaha itu, malah lebih selesa menggunakan perkataan sahabat yang menggambarkan keakraban dan kemesraan antara Ruffedge serta peminat.

“Lebih bermakna apabila pelancaran kelab ini bukan semata-mata untuk hiburan, sebaliknya turut membawa mereka mendekati kerja sosial. Ia seiring dengan tanggungjawab kami sebagai duta kemanusiaan, Imam Response and Relief Team atau singkatannya, Imaret,”

– Azan
Ruffedge Lancar Kelab Sahabat Selepas 20 Tahun

Sementara itu, Cat Farish pula menghargai kesungguhan ahli Kelab Sahabat Ruffedge yang berusaha keras memastikan kelab peminat itu didaftarkan secara rasmi.

“Mereka bersungguh-sungguh mahu terus berada di belakang Ruffedge dan berusaha memastikan kelab peminat kami ditubuhkan secara rasmi.

“Memang jika diikutkan, perkara ini sudah lama perlu dilakukan, terutama ketika Ruffedge sedang berada di puncak. Namun, kami tidak melihat ia sebagai masalah besar kerana yang penting, silaturahim antara kami terus erat.

“Menariknya, keanggotaan Kelab Sahabat Ruffedge tidak hanya disertai peminat sebaya, malah kami juga terharu apabila penggemar muda turut bersama menyatakan sokongan mereka,”

– Cat Farish
Ruffedge Lancar Kelab Sahabat Selepas 20 Tahun

Mengulas mengenai Kelab Sahabat itu, kata Syed Hussein atau Sein pula, ia membuktikan Ruffedge masih relevan dalam industri muzik.

“Bukan saja ahli Kelab Sahabat ini adalah peminat yang membesar dengan kumpulan ini sejak dulu.Malah, ada ahli kelab yang masih muda dan golongan kanak-kanak,”

– Syed Hussein

Pada masa sama, kata Sein, penubuhan Kelab Sahabat juga bukan sekadar kelab peminat semata-mata.

“Pihak kami juga tidak mensasarkan berapa ramai keahlian ahli kelab peminat itu. Pelbagai aktiviti dirancang untuk mengeratkan hubungan antara Ruffedge dan ahli kelab sekali gus mengeratkan hubungan sedia ada.

“Ia juga membabitkan penjualan barangan cenderahati kumpulan Ruffedge dan sebagainya lagi,”

– Syed Hussein

Kembali dengan single terbaru, Seperti Mereka, Ruffedge bakal menjayakan Festival KL Jamm di Pusat Pameran dan Perdagangan Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 April ini.

Selain Ruffedge, turut beraksi Bunkface, Pot Innuendo, Joe Flizzow, Sona One dan penghibur berpengalaman antaranya Datuk Ramli Sarip, Datuk Zainal Abidin serta Datuk Sheila Majid.

Ruffedge ditubuhkan pada 1997 dan mula bergerak aktif setahun selepas itu. Mereka bagaimanapun mengambil keputusan untuk berehat sekitar 2008 bagi memberi fokus kepada kerjaya solo masing-masing.

Kredit & Photo: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FUJIFILM Lancar Kamera Padat Nircermin FUJIFILM X-T30

Jelajah Suria 2019 Kuantan Dibanjiri Ribuan Peminat Kugiran Masdo