in ,

Ruben Fleischer Bakal Jadi Pengarah Filem Ketiga NOW YOU SEE ME

Filem yang mengisahkan tentang sekumpulan ahli silap mata yang dikenali sebagai The Four Horsemen akan kembali dalam sekual ketiga mereka tidak lama lagi!

Filem yang membariskan pelakon seperti Jesse Eisenberg, Mark Ruffalo, Woody Harrelson, Dave Franco, Morgan Freeman dan Michael Cain nampaknya sudah ada pengarah selepas lama menyepi semenjak diumumkan pada 2016.

Menurut Deadline, filem ketiga Now You See Me akan diarahkan oleh Ruben Fleischer yang pernah megarahkan filem Venom dan juga Uncharted.

Berikut ialah respon pengarah Ruben Fleischer.

There are three things in this world I absolutely love… Jesse Eisenberg, Woody Harrelson and magic. To have the chance to work with these two talented actors, as well as rest of the incredible cast of the Now You See Me movies is a dream come true.

I am a lifelong fan of heist movies – I love getting drawn in by the twists and the mystery where nothing is what it seems. And that’s even more true when the thieves are magicians – the opportunities are endless.

Eric was able to unlock a fresh and exciting way into a new movie and fun new characters, so I’m excited to dig in even further.

– Ruben Fleischer

Buat masa ini, tiada plot kepada filem ketiga Now You See Me didedahkan. Namun, ada kemungkinan kebanyakan pelakon utama akan kembali melakonkan watak-watak mereka kembali. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAZURA FATTAH AMIN

Bodyguard Dedah Pahit Manis, Bukan Senang Jaga Fazura & Fattah Amin

Adidas Menghimpun Artis Tempatan di The Adidas Originals Nmd Cypher