in , ,

RTM Siar Siaran Langsung One Championship, Nextgen II Singapore, 12 November Ini

Stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung kejohanan “One Championship, Nextgen II Singapore” yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 12 November ini, pukul 8.30 malam dan kemuncaknya “One Championship, Nextgen III Singapore” pada 26 November depan, pukul 8.30 malam.

Berita baik buat peminat dan penyokong sukan bela diri ini pastinya apabila mereka dapat menyaksikan peninju hebat mereka beraksi dengan mengikuti siaran langsung kejohanan ini serentak menerusi Saluran Sukan RTM (111 Myfreeview) dan TV Okey (110 Myfreeview / Astro 146).

Kedua-dua acara kejohanan ini akan berlangsung di Singapore Indoor Stadium, Singapura.

NEXTGEN II

Persaingan hebat dalam aksi Bantamweight Muay Thai antara Saemapetch Fairtex, yang mempertahankan tempat teratas dan mempunyai potensi besar merangkul gelaran Juara Dunia menentang salah seorang bintang Muay Thai terkenal Thailand masa kini iaitu Rittewada. Pemenang boleh menjadi pencabar seterusnya untuk menentang Juara Dunia ONE Bantamweight Muay Thai legenda Nong-O. 

Juga nantikan aksi Featherweight Mix Martial Arts antara peninju hebat China, Tang Kai menentang wira Korea Selatan, Yoon Chang Min, yang pastinya menjanjikan persaingan antara dua nama besar dalam sukan mempertahankan diri ini. Begitu juga kemunculan peninju-peninju lain yang pastinya menjanjikan aksi terbaik mereka. 

Untuk itu, jangan lepaskan peluang menyaksikan pertembungan epik ini menerusi saluran Sukan RTM (111 Myfreeview) dan TV Okey (110 Myfreeview / Astro 146). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Nikmati Tawaran Penghantaran Dengan Nilai Terbaik di AirAsia Super App pada 11.11

Tawaran Harga Paling Hebat, Barisan Artis Paling Sensasi di Lazada 11.11 Super Show