in ,

RTM Siar Konsert Nostalgia Dato’ Jamal Abdillah

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan Konsert Nostalgia Dato’ Jamal Abdillah yang telah pun berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur bulan Ogos lalu pada 25 Januari depan, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Konsert ini dibawakan oleh syarikatnya sendiri Bin Jamal Events dan istimewanya kali ini banyak lagu yang belum pernah di nyanyi secara langsung telah dipilih. Malah, paling bermakna lagi buat Jamal apabila beliau turut bergandingan dengan penyanyi pujaannya dari Indonesia, Eddy Silitonga.

Duet Dato Jamal Abdillah Bersama Anaknya Osama Yamani

Jamal memuatkan lagu Agongnya Kecintaan dengan iringan visual tragedi MH17 pada segmena awal persembahan sebagai memperingati mangsa yang terkorban. Apatahlagi lagu tersebut ada menyentuh peringatan Tuhan untuk sentiasa mengingati segala apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Lagu yang bermotif patriotik antaranya Mahtera Merdeka, Kucupan Azimat dan lagu popularnya sendiri, Kau Pergi Demi Pertiwi. Antara lagu termasuklah Juliana, Menanti Kasih, Bicara Cinta, Secupak Dua Cupak, Suratan Kasih, Samrah Mentari, Ku Tahu Hatimu Terluka, Azura, Kekasih Awal Dan Akhir, Siti Norbaya serta medley lagu-lagu ciptaan Datuk AHmad Nawab iaitu Di Mana Bayanganmu, Sepi Seorang Perindu, Hilanglah Rindu, Keluhan Perantau dan Antara Yakin Dan Curiga.

Istimewanya figura yang satu ini juga menyanyikan lagu Kau Lupa Janji, Aku Penghibur, Oh Di Mana Mustika Hati, dan Berdendang Dalam Tangisan secara medley serta lagu Hingga Tiba Saat Itu secara duet dengan anaknya Osama Yamani. Osama turut mempersembahkan lagu Derita Cinta.

Jamal juga memilih sendiri beberapa lagu Eddy Silitonga. Pilihannya kerana lagu-lagu tersebut sangat populaar di Malaysia pada tahun 70-an dan 80-an. Eddy menyanyikan lagu-lagu Kurus Kering, Mata Jeli, Jatuh Cinta, Bukan Hidup Hanya Sehari dan Bunga Tanjung. Eddy turut menyanyikan lagu Melati, Fatwa Pujangga, Mama, Kini Ku Sedari dan Lagu Untukmu.

Untuk segmen Tribute kepada Ahmad Jais, Jamal turut mengundang penyanyi Ilias Shah yang mempunyai vokal mirip biduan itu. Ilias mempersembahkan lagu-lagu Makan Sirih, Hujan Semalam dan Kucupan Azimat. Eddy pula menyanyikan lagu Bahtera Merdeka dan Di Ambang Sore. Di penghujung konsert Jamal, Eddy dan Ilias menyanyikan lagu Gelisah bersama-sama.

Dato Jamal Abdillah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Hottest Music Artists Nicki Minaj & Ed Sheeran

Telemovie Bibir Merahnya Kisah Wanita Muda Berkahwin Dengan Lelaki Tua