in , ,

RTM Siar Kembali Drama HERO 2 Cabaran Kerjaya Bomba

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berbesar hati menyiarkan kembali drama berkisar dunia bomba, “Hero” musim keduadengan barisan pelakon baharu, dan pendekatan lebih segar yang disiarkan mulai 27 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 tengah hari di TV2.

Realiti kisah kehidupan sebenar seorang anggota bomba mendepani pelbagai cabaran pekerjaan mereka sebagai pasukan penyelamat ini disampaikan dalam 26 episod terbitan syarikat NS Star Sdn Bhd. Menerusi musim kedua ini, penonton dapat menyaksikan babak-babak mencemaskan dan warna-warni kehidupan harian anggota bomba yang menampilkan lakonan mantap Redza Rosli, Sarah Hildebrand, dan Aidil Aziz bergandingan dengan Riz Amin, Oktovia Manrose, Shah Havzee, Anne Ngasri, Naim Shamsol, Shaharudin Thamby dan ramai lagi.

Menariknya plot kisah ini diselitkan dengan unsur kekeluargaan, persahabatan dan tanggungjawab dalam diri seseorang yang menjadi tarikan untuk tontonan semua lapisan masyarakat seisi keluarga dan semua rakyat Malaysia.

RTM Siar Kembali Drama HERO 2 Cabaran Kerjaya Bomba
RTM Siar Kembali Drama HERO 2 Cabaran Kerjaya Bomba

Menerusi setiap episod siarannya, drama bersiri arahan Jo Yusof ini lebih menumpukan kepada setiap kes tugasan yang pernah berlaku antaranya kemalangan, kebakaran dan termasuk juga panggilan palsu yang diterima anggota bomba dalam menjalankan amanah tugasan mereka. Pada masa sama mereka juga tidak terlepas daripada memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga dan insan tersayang. 

Ada juga kisah peribadi melalui perwatakan menarik dan lucu yang mewarnai kehidupan harian anggota bomba ditonjolkan dalam drama ini. Ia termasuklah kisah unik dan menarik yang pernah terjadi, didedahkan untuk memberikan gambaran jelas berkenaan tugas sebenar yang digalas anggota bomba.

RTM Siar Kembali Drama HERO 2 Cabaran Kerjaya Bomba
RTM Siar Kembali Drama HERO 2 Cabaran Kerjaya Bomba

Kenyataannya, drama ini secara tidak langsung mengajak masyarakat untuk menghayati pengorbanan pegawai dan anggota bomba yang sentiasa memberi komitmen dalam tugas memadam api serta menyelamat tanpa mengira kepentingan peribadi. 

Kerjaya mereka yang berdepan risiko setiap saat dan masa. Hanya dengan sedikit kesilapan mampu mengundang membahayakan nyawa sendiri. Ikuti setiap episod drama bersiri aksi bomba pertama di Malaysia ini menerusi saluran TV2. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

34 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Digital Durian Lancar Dua Aplikasi ​Edutainment​ Baharu

Drama Bersiri PELINDUNG SEORANG PUTERI Lakonan Lisa Surihani & Farid Kamil