in

RTM SEMARAK SAMBUTAN DAN VAISAKHI

RTM SEMARAK SAMBUTAN DAN VAISAKHI DI TV2 14 APRIL INI

Setiap tahun tanggal 14 April diraikan penganut agama Sikh yang membawa kepentingan keagamaan bagi mereka. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal Barat, Kerala dan sesetengah rantau lain di India.

Tidak ketinggalan perayaan ini turut sama diraikan negara kita apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi kemeriahannya dengan menyiarkan dua filem hebat berturut-turut pada 14 April 2010 (Ahad) iaitu Jeyam Kondaan jam 12.30 tengah hari dan Tera Mera Ki Rishta jam 3.00 petang di TV2.

Jeyam Kondaan sebuah filem Tamil penuh dengan aksi dan romantik yang sesuai untuk menjadi tontonan seisi keluarga selain pasangan bercinta. Berkisar seorang profesional dalam bidang IT di London pulang ke Chennai. Kisahnya pulang ke kampung halamannya adalah untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

Di samping itu turut diselitkan dengan tiga kisah jalan hidup berbeza yang dilalui bersama. Hubungan yang baru terbina itu tidak berlanjutan panjang apabila berlaku satu kejadian yang tidak terduga. Lalu dari situlah konflik ceritanya bermula.

Dibintangi oleh Vinay Rai, Bhavana, Lekha Washington, Vivek dan Kishore, filem arahan R.Kannan ini penuh konflik diselang-selikan dengan kisah percintaan yang mengasyikkan.

Berlanjutan pula dengan filem Tera Mera Ki Rishta yang mengisahkan seorang lelaki Punjabi bernama Meet yang tinggal di Vancouver, Kanada. Kehidupannya sekeluarga sangat moden.

Sementara itu Rajjo seorang wanita Punjabi yang memiliki prinsip hidup terutama melibatkan keluarga dan budaya yang menjadi kepercayaannya.

Begitu pun apakah yang berlaku apabila takdir menentukan dua insan yang berbeza latar belakang ini jauh cinta? Dapatkah perasaan cinta memadamkan segala perbezaan yang wujud antara mereka?

Filem Punjabi khas Vaisakhi ini dibintangi Jimmy Shergill, Kulraj Randhawa, Anupam Kher, Raj Babbar dan Anchana Puran Singh.

Jangan lupa berkongsi kemeriahan sambutan hari Vasakhi ini dengan menyaksikan dua filem menarik ini berturut-turut menemui penonton setia RTM hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Plan VS ‘Pesaing’ Plan: Mana Lebih Baik?

Sinopsis Filem Hooperz