in ,

RTM Hadiahkan Tiga Hiburan Raikan Krismas di TV2

Menjadi keutamaan bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk memberikan program terbaik terutama pada hari sambutan perayaan yang disambut saban tahun. Tidak terkecuali sambutan perayaan Hari Krismas atau Hari Natal yang diraikan seluruh penganut agama Kristian.

RTM menerusi saluran TV2 mengajak penonton mengira detik sambutan Hari Natal tahun ini dengan siaran program khas Muzikal “A Wonderful X’ Mas” pada 24 Disember ini, pukul 11.30 malam. Berhibur dengan muzikal yang menampilkan artis-artis tempatan dengan lagu-lagu mempesonakan. Rancangan hiburan ini disampaikan oleh Micheal Xavier dan Cheryl Ong. Keduanya bakal memberikan penerangan mengenai makna perayaan Krismas dan kenapa ianya disambut pada 25 hari bulan Disember setiap tahun. 

Ini disusuli dengan lagu Karol Krismas yang dinyanyikan sekumpulan peserta lelaki dan wanita. Sebuah Kumpulan penari lelaki dan wanita Portugis dari Melaka yang memakai baju tradisional Portugis mempersembahkan sebuah lagu bertajuk ‘Acapella’ dan menari mengikut irama lagu itu di perkarangan Perkampungan Portugis Melaka. Program berakhir dengan pengacara dan peserta menyanyikan lagu ‘Christmas In The Sun’ dan ‘Balle of The Ball’. 

RTM Hadiahkan Tiga Hiburan Raikan Krismas di TV2

Meriahkan sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember ini dengan dua program hiburan terbitan Unit Hiburan TV RTM. Program ‘Underneath Christmas Tree’, pukul 10.30 pagi istimewanya kerana menampilkan lagu-lagu terkini dan malar segar daripada artis terkemuka tanah air.

Berdurasi 90 minit dihoskan oleh BK dan Doria Rachel Jolly. Melalui program khas ini penonton dapat mengikuti Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang dilakukan oleh stesen radio berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm yang turun padang membantu golongan yang memerlukan. Artis yang membuat persembahan Jaclyn Victor, Vince Chong, Reshma, Yuveena, Suki Low dan Nashrin.

Hari sama turut disiarkan ‘Joyful December’, pukul 3.30 petang yang berlangsung di A Famosa, Melaka. Saksikan barisan artis hebat Jaclyn Victor, Zizi Kirana, Dr Soo Vincci, Shantish, Jay Jay, Resh, Russel Curtis, Ferona (Bintang RTM) menyampaikan lagu-lagu popular bersesuaian tema sambutan Hari Natal. Ia turut menggandingkan tiga pengacara Awal Ashaari, Thanuja Ananthan dan Elspeth Dines (TRAXXfm).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FINAS Perlu Lebih Telus & Tersusun Untuk Memajukan Industri Filem Malaysia

Margasatwa Juara Levi’s Music Project Bawa Pulang RM20,000