in

RTM EDAR SAGUHATI DI STESEN KL SENTRAL & HENTIAN DUTA

RTM MENGEDARKAN FLAYER DAN SAGUHATI KEPADA ORANG RAMAI DI STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR DAN HENTIAN DUTA

Sebagai menghargai peminat-peminat setia salurannya menjelang Aidilfitri ini, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 29 September 2008 (Isnin) mengedarkan barangan saguhati berbentuk flayer dan pamplet bagi mempromosi rancangan-rancangan sempena Hari Raya Aidilfitri di RTM1 dan RTM2 juga program-program menarik menerusi saluran stesen radionya untuk tontonan sekeluarga sepanjang Aidilfitri ini.

Pihak RTM meluangkan masa untuk mengedarkannya di dua tempat,  Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Hentian Duta, Kuala Lumpur yang pastinya menjadi destinasi tumpuan orang ramai mendapatkan pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing mulai jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Orang ramai yang pulang ke kampung melalui pelbagai destinasi menaiki bas dan KTM sibuk dengan persiapan pulang ke kampung halaman nyata begitu menghargai cenderahti yang diserahkan kepada mereka.

Justeru inisiatif ini dilihat mampu mendekatkan peminat setia RTM mendapatkan maklumat lengkap program-program menarik sepanjang Hari Raya ini.

’’Tahun ini saya dan keluarga saya akan pulang beraya di Perak,iaitu di rumah ibu mertua saya,mujur saya dapat cuti awal dan sempat mendapatkan tiket bas”.ujar Mohd Ehsan Isa, salah seorang penumpang bas express apabila RTM sempat menemuramahnya di Hentian Duta,Kuala Lumpur.

RTM juga berkesempatan memberikan cenderahati dan ucapan selamat Hari Raya dan selamat jalan kepada para pengguna stesen KTM dan bas.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelakon Drama Wulan Dhini, Giovani Ketepikan Perbezaan Atas Nama Seni

Tips Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Makan Hati, Sedih dan Kecewa